My Blog List

Friday, December 28, 2012

Rutin Mingguan

Hari ni, bermulalah semula rutin mingguan berulang alik KL-Ipoh-KL... Kalau sebelum ni, arwah mak la paling sibuk tanya balik naik ape, kul berapa, dah sampai mana? Kalau dah sampai Tapah bagitau. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. Tak dapat dinafikan, kesedihan masih lagi menyelubungi diri ini dan kami sekeluarga. Mampu ke aku menghadapi hari-hari mendatang tanpa beliau di sisi? Kuat ke semangat aku nak tempuh semua ini? Rindu kian mencengkam perasaan bile balik rumah tengok barang-barang arwah. Tempat arwah suka duduk dan baring masa sakitnya. Sangat sedih bila menengoknya. Abah apatah lagi bila setiap hari terpaksa tengok barang-barang tu. Ya Allah Ya Tuhan ku, tabahkanlah hati kami sekeluarga dengan dugaan hidupMu ini. Berilah kekuatan pada kami untuk menempuh hari mendatang dengan tenang dan tabah. Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, December 26, 2012

Kau Pergi Jua

27 November 2012 Selasa tarikh yang amat memeritkan bila mak pergi buat selamanya tepat 10.20 pagi meninggalkan kami sekeluarga... Sangat terkesan di hati. Rasa tak tertanggung untuk menghadapi dugaan hidupMu Ya Allah. Ralat di hati tak dapat menghadap arwah masa menghembuskan nafas terakhirnya. Masih terasa kehilangannya. Hanya kata-kata arwah disaat sakitnya menjadi ingatan.
  • Jangan bergaduh adik beradik.
  • Jawab periksa elok-elok.
  • Mintak tukar keje kat Ipoh. Tulis dalam tu kata mak sakit. Ayat tu yang paling sedih bila diingat balik.
  • Cakap kat Kak Nyah amik duit dia 2-300 beli cadar katil kawin warna cream.
  • Cari kunci almari. Dalam tu ada langsir warna maroon. Pasang masa reception nanti. Sangat sedih.
  • Kain batik lepas ada dalam almari. Ambik tutup jenazah dia nanti. Seolah-olah tahu hayatnya dah tak lama.
  • Baca al-Quran atau yasin setiap malam Jumaat. Terang kubur arwah nanti. Tabahlah wahai hati bila mengingatkan ayat ni.
  • Bawak kereta elok-elok.
  • Siap pesan pada Kak Nyah. "Jaga adik elok-elok. Jangan biar dia sorang-sorang. Selalu call dia." Ya Allah, berilah kekuatan padaku untuk menempuh dugaan Mu ini.
  • Kalau nak cincin dia ambik la... Tapi tak sampai hati. Mesti teringat kat arwah nanti.
  • Cari suami orang dekat. Jangan jauh-jauh.

Masa arwah sakit, cuba buat terbaik untuk arwah. Apa aje yang arwah nak makan, kami adik beradik cuba untuk dapatkannya. Cuba untuk mengembirakan hatinya. Keadaan masa tu amat memeritkan bila memikirkan hayat arwah. Bukan meminta untuk beliau cepat pergi meninggalkan kami. Tapi, pertanyaan yang selalu terbit di hati. Kuat ke kami sekeluarga menghadapi kehilangannya suatu hari nanti? Tabah ke kami? Soalan itu yang selalu berlegar di fikiran. Kuat dan tabahnya beliau melawan sakitnya. Walaupun kami tahu, arwah mendiamkan diri melawan sakit seorang diri dan tak bagitau kami adik beradik.

Tapi bila arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga, abah adalah orang yang paling sedih. Perginya tidak kembali dan tiada pengganti. Walaupun masa tu, abah kelihatan sangat tabah. Tapi disebaliknya, hanya kami anak-anak saja yang tau betapa peritnya keadaan masa itu. Dengan abah tak tido malam sebelumnya menghadap arwah. Esok paginya arwah pergi jua menghadap Sang Pencipta. Masa kebumikan arwah, abah dah tak stabil. Abah kelihatan sedikit terhoyong hayang. Mungkin tak cukup tido dan rehat. Juga menahan kesedihan di dalam hati. Kak we sangat sebak sebab hanya sempat menjaga arwah 3 hari je kat umah. Abg Sapari hanya sempat tengok arwah masa dah diturunkan kat liang lahad. Kami yang lain dah terdiam seribu bahasa... Tabahlah wahai hati.

Petang 7 Disember 2012, Jumaat, Kak Nim call. Tanya balik ke tak? Abah pergi berniaga rambutan katanya. Tak pe la. Janji jangan biarkan dia sorang diri. Tapi ayat dia, abah dok termenung. Kesian tengoknya. Abah teringat dan rindukan masakan arwah. Cuba menahan perasaan walaupun hanya Allah je yang tau perasaan ni. Kak Nim dah menitiskan air mata. Aku cuba untuk tidak menangis dan menahan sebak. Tak nak ikut sama tenggelam perasaan. Biarlah aku jadi penenang kepada mereka. Abah hanya menyedapkan hati. "Mak kamu balik kampung". Kami cuba berlagak biasa walaupun dalam hati sarat dengan kesedihan. Harap kami sekeluarga tabah menghadapinya.

Bila keputusan exam keluar, hati sedih teringat kat arwah. Ingat lagi pesan arwah suh jawab exam elok-elok. Seminggu sebelum arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga, aku menjawab exam. Nak pergi exam, aku kejutkan arwah. Kata nak pergi dah. Ayat tu la yang arwah pesan, "jawab elok-elok". Sebab tu la bila result keluar, hati ni pedih menahan rasa. Arwah tak sempat nak tau keputusan ini. Selalu ingatkan hati, bersabarlah dengan takdir Allah ini.

Kini, sebulan sudah arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Harap kami dapat kekuatan semula untuk meneruskan hidup tanpa mak bersama kami. Dan menjadi kekuatan pada abah untuk bangkit semula dari kesedihan. Harap abah tak larut dalam kesedihan yang berpanjangan. Kami sayang mak. Kami juga sayang abah. Semoga mak tenang di sisi Sang Pencipta dan mendoakan kami jadi anak soleh dan solehah yang  mendoakan dan berbakti kepada kedua orang tua...


Wednesday, November 14, 2012

~Pendam~

Sesekali teringat jugak kat dia. Tambahan pulak bila ada masalah yang mencengkan jiwa. Rasa nak luahkan pada someone. Tapi tak tau siapa? Hanya teringat kat dia je. Tapi bila ingat balik yang dia dah kawin dan berbahagia kini, aku sedar dari lamunan. Itu bukan jalan yang terbaik untuk berhubung dengan dia. Tipu kalau kata tak pernah ingat langsung kat dia. Pedihnya aku yang merasa. Walaupun hati ini berkali-kali mengingatkan tuk melupakan dirinya. Tapi tak boleh selagi tak jumpa seseorang yang mampu menghapuskan setiap kenangan bersama dia. Segalanya terpendam, tak terungkap dengan kata-kata... Aku hanya mengejar bayang cinta. Biarlah aku pergi.

*************************************
Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta


Wednesday, October 24, 2012

Redhalah Wahai Hati Ku

Ya Allah... patut la aku tetibe teringat kat Syed Faris tempoh hari. Rupenya dia ada datang PUO. Memang ada tengok banner, "Aku Dibius Cinta". Tapi tak baca sampai habis siapa penceramahnya. Agak-agaknya kalau aku tau siapa penceramahnya, mesti aku pergi kan? Memang tak dijangkakan. Tapi bagus jugak aku tak tau. Sekurang-kurangnya aku tak jumpa dia. Dia dah beristeri. Mau meroyan aku kalau jumpa dia. Tercuit balik perasaan. Resah di hati baru je reda. Dah muncul balik. Pergilah jauh-jauh wahai keresahan. Pergilah jauh-jauh namamu wahai Faris. Jangan sesekali bermain dan melintas di hati ini. AKU INGIN MELUPAKAN DIRIMU. Aku tak kuat nak berdepan dengan dia lagi. Cukup sampai di sini.

Thursday, October 18, 2012

BaWaKu TeRBaNg

"Ingat, abang cabar Sue jangan layan lelaki lain sebelum jumpa Syed Mohd Faris!" Ayat tu la yang mencengkam hati dan perasaan. Kenapa nak ingat kat dia lagi nih? Jangan la ingat kat dia lagi. Main la jauh-jauh wahai kenangan. Dah tak nak ingat kenangan dengan awak lagi. Tapi kenapa ianya sentiasa menghantui diri? Kenapa ayat tu jugak yang selalu bermain di hati dan fikiran? Ya Allah, apa yang aku perlu buat? Aku dah cuba sedaya upaya menghapuskan kenangan-kenangan bersama dia. Tapi satu ayat ni yang masih lagi terngiang-ngiang. Mungkin sebab sampai sekarang masih lagi tertanya-tanya kat mana salah silapnya? Kenangan yang amat menyakitkan hati dan perlu menghadapinya dengan penuh ketabahan. Berdoalah semoga dia berbahagia selamanya. Kalaulah hati ni bagai burung yang terbang tinggi nun jauh di langit, mengembang sayapnya ke sana sini di laut dan di gunung, melata terbangnya mengikut hati yang termampu, alangkah damai perasaan ini. Hati akan sentiasa dibuai rasa bahagia sepanjang masa.

Monday, October 15, 2012

Istikharah Cinta

Susah nak cakap soal jodohkan?? Segalanya rahsia Allah. Walau kita cuba berusaha memilih orang yang betul, baik budi pekertinya, elok imannya, yang mampu mengimami keluarga, kalau dah sebaliknya Allah tetapkan, siapa kita untuk menghalang? Apa kuasa yang kita ada? Risau jugak sebenarnya. Umur dah nak menjangkau 26 tahun hujung minggu ni. Tapi tanda-tanda nak kahwin tak de lagi. Bukan tak nak kahwin. Sape yang tak nak kahwin kan? Hehhee Masalahnya calon pun tak de lagi. Macam mana tu?? Takkan nak main seluk je kan? Taste aku nak cari seorang suami yang mampu jadi imam kepada aku dan anak-anak. Maksud imam, bukan saja yang mampu jadi imam ketika sembahyang. Tapi banyak maksud. Yang mampu memimpin, yang tahu serba serbi - lengkap sebagai ketua keluarga. Itu la yang aku harapkan pada bakal suami aku. Sekarang ni aku tak jumpa lagi pemilik tulang rusukku. InsyaAllah, suatu hari nanti. Aku takkan berhenti berdoa dan berharap.

Baru-baru ni Anuar rajin pulak mesej and kol aku. Tak kira masa. Mimpi ape ntah dia tu. Hehhe tak paham aku. Hari tu dia ade cite. Dalam dilema nak pilih antara dua perempuan. Hamboiiii sorang pun belum tentu terjaga ade hati nak pasang dua. Tak payah. Buat la istikharah. Itu lebih baik. Mintak petunjuk. Last-lastnya dia lepaskan dua-dua. Sengal dia tu. Sesuka ati je. Dia kata, maybe itu yang terbaik. Ok la, suke ati. Yang nak hidup bersama nanti awak, bukan saya. :) Sejak dia lepaskan dua-dua yang nampak dia rajin sangat call and mesej aku. Kalau tak, haram rajin nak tanya khabar. Heheh biarlah dia. Aku tak heran pun sebenarnya. Sorang utara, sorang selatan. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Malas nak amik tau sangat. Kadang-kadang ada gak dia bergurau, nak masuk minang. Heheheh kelakar je dia tu. Tak pernah nak serius. Ntah bile masa dia serius aku pun tak tau. Hati aku tak terusik pun. Mungkin sebab dia bukan taste aku. Memang la tak dinafikan masa mula-mula kenal dia dulu, ada gak la perasaan suka kat dia. Tapi itu dulu. Zaman baru lepas SPM. Sekarang dah berapa tahun berlalu. Aku makin mengenali diri, ape yang aku nak dalam hidup ini. Orang macam mana yang aku inginkan untuk dijadikan calon suami. Dulu tau untuk suka-suka je. Tengok orang lain bercinta, aku pun teringin. Sekarang, lebih fikir pada masa depan. Boleh ke dia dijadikan calon suami? Mampu ke dia dijadikan imam kepada aku dan anak-anak aku nanti? Itu perkara yang perlu aku ambil tahu. Bukan hanya tuntutan dunia semata-mata. Tapi tuntutan menuju ke jalan NYA lebih utama. Bukan niat di hati nak memperlekehkan dia. Tapi buktikan dulu pada aku. Aku tak nampak sebarang tanda apa yang aku inginkan ada dalam diri dia. Dan lagi satu, dalam usia sebegini bukan masanya nak bercinta untuk main-main. Perlu fikirkan masa depan. Kalau dia betul-betul serius, jumpa mak dengan abah terus. Tak nak buang masa dengan orang yang salah.

******************************************
Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta

Tuesday, September 25, 2012

ReALiTi KeHidUPaN

Cerita lama biar tamat di sana. Tak perlu untuk kita ingat sepanjang masa seandainya ia menjadi punca untuk kita berduka. Kenapa harus berduka? Tersenyumlah, dan redhalah dengan takdir...

~TAKDIR kadangkala MEMPERTEMUKAN kita dengan SESUATU yang tidak diundang, MEMBERI apa yang tak dirancang, MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan.

~Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban,

~serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalan episod kehidupan.

Kita selalu kata, "takde apa-apa"... Tetapi dalam hati kita, hanya Allah yang tahu keperitan yang kita rasa... Ada perkara kita tak dapat nak ceritakan pada SAHABAT, dan hanya pada ALLAH kita boleh luahkan. Redhalah wahai hati.

Wednesday, September 5, 2012

MuArA HaTi ~OST Adam & Hawa~

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

 
 

Tuesday, July 10, 2012

~Impian vs Angan-angan~

Setiap orang mesti ade impian majlis perkahwinan masing-masingkan?? Macam tu jugak la aku. Hehehe. Aku inginkan majlis bertemakan Kesultanan Melayu berlatarbelakangkan warna biru. OMG tulah warna kegemaran aku. Jangan tunjuk warna lain. Memang takkan nampak dah. Just nampak warna biru je. Dah terbayang macam mana suasana wedding ceremony aku nanti. Dengan silatnya, dayang-dayang mengiringi pengantin, hulubalang-hulubalang yang mengawal majlis. Tetamu datang dengan pakaian pahlawan.Wahhhh imaginasi tinggi betul. Haha angan-angan jauh sangat. Entah dapat laksanakan ke tak?? Takpe, sekurang-kurangnya kita ada perancangan.  Dan cuba untuk melaksanakannya jadi satu realiti. Hehehhe. Tu masa majlisnya. Masa akad nikah, aku mengharapkan majlis yang sederhana je. Yang penuh dengan adat-adat melayu. Nikah kat rumah yang disaksikan keluarga kedua-dua pihak dan jiran-jiran terdekat yang berwalikan abah sendiri. So far, abah tak pernah lepaskan tanggungjawab tu atau kata mudahnya berwakil walikan pada kadi bila anak-anak perempuan dia nikah. Mesti dia yang akan nikahkan sendiri anak perempuannya. Hehehe. Aku mengharapkan  satu set barang kemas untuk batalkan air sembahyang dengan senaskah al-Quran untuk maharku. Harap-harap family boleh terima apa yang aku mintak ni. Yelah kalau mintak duit pun, kene beli barang. Kalau nak nampak, beli barang kemas. Tapi aku tak nak. Batal air sembahyang dah mintak barang kemas. That's why aku nak al-Quran je. Dan lagi satu aku nak si dia nyanyikan lagu Maharku Untukmu-Alief. Aku nak itu dijadikan mahar aku jugak. Sambil dia datang menyarungkan set barang kemas and bagi al-Quran sebagai mahar, lagu tu jugak dia kene nyanyi sebagai permintaan mahar yang kedua. Waaaahhh cer korang imaginekan!!! So sweet. Dengan liriknya, melodinya. Sangat sweet.

~Lirik Maharku Untukmu~
Inilah maharku untukmu
Seperti ini kumampu
Sepenuh hati kuberikan
Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Tuesday, July 3, 2012

MAHARKU UNTUKMU

Ya Allah,

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku sesat tanpat hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu
Kuatkanlah hati dan semangatku
Tabahkanlah aku menghadapi segala dugaan yang datangnya dariMu
Amin Ya Allah
Amin Ya Rahman
Amin Ya Rahim
Amin Ya Karim
Amin Yaa Rabbul Alamin...

************************************************
Inilah maharku untukmu
Seperti ini kumampu
Sepenuh hati kuberikan
Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci



Friday, June 29, 2012

**Sudah CUKUP Sudah**

                                          ********************************

"Sudah cukup sudah, cukup sampai di sini saja..." Bila dengar lirik lagu ni sedih sangat. Yela aku je yang mangharap.... Tapi dia tak pun. Terseksa rasanya bila apa yang kita harapkan tak jadi kenyataan. Terluka sangat. Rasa cam dia kejam. Sedangkan dia sihat walafiat. Elok je sana ke mari tak fikir perasaan orang lain. Tak sanggup rasanya terus berkeadaan camni. Hati dan batin gelisah, terseksa bila cinta dibalas dengan dusta. Kadang-kadang rasa nak berhenti berharap pada yang tak sudi. Tapi mampu ke diri ni melawan kehendak hati? Itulah hakikatnya. Terbayang-bayang dia kat mana-mana. Terseksa jiwa raga. Rasa nak terbang jauh bawa diri berkelana. Jauh dari orang ramai, jauh dari kesesakan, jauh dari masalah. Jauh dari segala-galanya. Segalanya harungi sendiri. Kadang-kadang hilang arah. Hanya Tuhan mengerti. Takde tempat nak mengadu. Sabarlah wahai hati. Tatkala kecewa melanda, serasa dunia ni kelam. Hanya airmata peneman setia. Dan buku tempat meluahkan segala terbuku di hati. Masihkah bahagiakan menjelma? Semangat dia je yang menemani perjalanan hidup. InsyaAllah moga dipermudahkan segala urusan.

                                          *********************************





Thursday, May 31, 2012

BeGIni CarAnYA ~Sam ft Yana~

Aku tak bisa menyatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Aku percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu

Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu

Di sini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu

Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku

Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu

Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu di mana nak cari cintamu

Di sini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu

Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu

Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu

Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku

Caranya bagi diriku





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila dengar lirik ni, memang betol pun... Kelu lidah bile berdepan dengan orang yang kita suka kan?? Tak tau nak cakap ape? Padahal sebelum tu dah rangka macam-macam ayat. Tapi bile dia ade depan mata, kita terus diam. Tak terkata. Alangkah bestnya dapat pasangan yang tak cepat mengalah dengan apa jua dugaan yang datang. Macam dalam lirik ni "di sini tak mungkin mengalah dengan apa yang mendatang"... Kalau dia betol-betol sayangkan kita, tak kira la apa yang berlaku, dia tetap bersama dengan kita dan mengharunginya.... Betol tak??? Heheheh. But tak sangka Sam ada bakat menyanyi. Not bad suara dia. Hehehehe.

Tuesday, May 29, 2012

~MeNunGGu KeREta aPi~

Menunggu kereta api??? Ermmmm ape la tajuk ni kan? But terharu baca tajuk ni. Hahaha kenangan kot... Jumpa 'En. Pilot' kat sana. Tapi dah 3 bulan tak dapat jumpa dia. Ke mana ye dia menghilang? Tak tau ke mana dia pergi? I'm really miss him... Setiap kali menunggu kereta api, hati ni mesti mengharapkan dia yang jadi 'En. Pilot'. Harapan hanya tinggal harapan. Semua tu hanya anganan je. Dia dah menjauh dan semakin jauh. Tak dapat dikesan. Berharap sangat dapat jumpa 'En. Pilot' lagi.... Entah bila dapat jumpa dia lagi. Aku tak pernah berhenti berharap rupanya untuk jumpa dia. Setiap kali melangkahkan kaki kat stesen kereta api, hati selalu mengharapkan dia ada. Dan mata mula meliar mencari kelibatnya. Tapi semuanya hampa belaka. Bukan dia, tapi orang lain. Kenapa dah lama betul tak nampak dia?? Kecewa... Semoga aku dapat berjumpa dia satu hari nanti. Aminnnnn.

Kalau la aku dapat jumpa lelaki sebaik, sejujur dan seikhlas macam dalam novel ni, mesti aman damai hidup bersamanya hingga akhir hayat. Tapi akan dapat ke lelaki seperti ni zaman sekarang??? Semuanya ketentuan Allah. Rahsia kejadian Nya tak siapa menduga... Ya Allah, pertemukanlah aku sebaik insan ini. Permudahkanlah segala urusanku.


Thursday, May 24, 2012

AlhAmduLIllAh

Result exam dah kuar Isnin aritu.. :) Alhamdulillah lulus semua nya. Walaupun tak dapat AKJ, but ok la. Pointer dapat gak 3.24. Dengan macam-macam dugaan masa exam. So far, alhamdulillah dapat mengharunginya dengan tabah. InsyaAllah, lepas ni kene berusaha lebih lagi nak dapat AKJ. Hehe kene buktikan aku boleh!!! Walau penat berulang-alik KL-Ipoh every week, insyaAllah akan berbayar dengan kejayaan suatu hari nanti. Harap-harap takkan berhenti separuh jalan je. Biarlah samapi ke penghujungnya. Aminnnn.

~I'M NOT BELLBOY~

Sakit betol ati den ni... Aku bukan bellboy ok?? Sesuke ati je nak suruh orang amik luggage dia. Agak-agak la bagi arahan pun. Sejak bila pulak aku tukar bidang keje ni??? Berapi betol rasa. Nasib la telinga ni tak boleh kuar asap. Ingat aku tak de keje lain apa nak buat?? Kalau dah sorang suruh buat, yang lain akan ikut. Lagi sekali aku tegaskan, I'M NOT BELLBOY. If nak suruh angkat barang, apa salahnya panggil bellboy hotel. Ni sesuke ati je bagi arahan kat aku. Aku just handle barang-barang teknikal je ye? Yang lain aku tak buat. Harap maklum. Lepas ni kalau boleh elak, memang aku akan elak follow workshop management ni. Leceh giler... Dengan sakit ati nya.. Nasib la tak kurang ajar semalam. Tapi angin jugak la. Sebab kene buat keje yang tak sepatutnya. Memang tak puas ati suh angkat luggage dorang. Dah la kat sana pun sampai 3 dewan guna... Mula-mula leaking, tak tau la toilet guest room atau aircond yang leaking. Tukar dewan lain, ok la. Sok pagi nya tengok-tengok tukar dewan lagi. Confused jap, asal tukar dewan lagi ni?? Pagi tadi setup barang tak de cakap pape pun... Rupa-rupanya aircond dorang trip. Haisssshhh ape daaaaa??? Sabarlah wahai hati~

Wednesday, May 9, 2012

Ku Lepaskan Mu Kerna Terpaksa

Baca and dengar tajuk je pun dah sedih. Sob sob touching. Yela, tak de sape inginkan perpisahan bila dah bercinta dan berkasih sayang kan?? Tapi kalau orang dah tak sudi, takkan kita pulak nak terhegeh-hegeh? Sedar diri jugak la. Walau sakit nak terima hakikat tu, walau terpaksa melepaskan dia tanpa kerelaan tapi kene redha dan pasrah. But aku tak pernah menyesal bercinta dengan dia.. Malah bersyukur sebab dapat menyintai dan dicintai seseorang yang pernah bertakhta di hati kita. Walaupun ianya sekajap, aku tetap menghargainya... Memangla tak dapat dinafikan, ada kalanya teringat  and rindu sangat kat dia. Tapi Allah lebih tau apa yang terbaik untuk umatNya. Mungkin Allah ingin kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang betul-betul diciptakan untuk kita. Agar kita lebih menghargai setiap yang ada di depan mata. Dan tidak mensia-siakan kasih sayang diberikan. Harap-harap aku dipertemukan dengan insan yang betul-betul ikhlas menyayangi, mencintai dan menerima aku dengan seadanya. Aminnnn.....


LiRiK


Tak dapat ku lupakan kenangan silam
Susah dan senang kita harungi berdua
Bersumpah setia hidup mati bersama
Sehingga ke penghujungnya
Tergamak engkau meninggalkan diriku
Disaat aku memerlukan kasih sayangmu
Kini aku sendiri meneruskan hidup ini
Bersama hati yang telah kau lukai
(Korus)
Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan
Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan
Oh pilunya
Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan
Agar ku berlalu pergi
Untuk sidia pilihan hatimu
Dengan rela ku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar engkau bahagia
(Ulang Korus)
Dengan rela ku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar engkau bahagia 


Tuesday, May 8, 2012

TABAHLAH WAHAI HATI

Ermmm perjalanan seminggu yang agak menyesakkan dada... Dengan exam, budak umah yang memeningkan kepala. Runsing kot. Kadang-kadang rasa give up. Lantak korang la nak buat apa pun. Malas nak amik tau, malas nak amik port. Rasa penat dengan semuanya. Mana nak fikir exam, nak fikir keje, umah sewa... Ni la cabarannya bila keje sambil belajar... Tabahlah wahai hati ini. Hanya ketabahan yang mengiringi perjalanan hidup ini. Tak tau la apa si sengal tu cakap kat budak nak masuk tu terus tak jadi masuk. Berbulu je rasa. Kau nak kuar menyusahkan orang lain. Lepas tu nak fuck sialkan aku pulak. Memang kene sound sebiji. Kalau setakat itu je yang kau tau, memang patut kau tak dapat keje bagus pun. Sebab otak kau tak dapat fikir benda lain dah. Sekarang ni aku yang sial atau kau? Aku rasa kau yang sial sebabnya pendapat orang tak nak dengar lepas tu nak menyusahkan orang lain. Tau pun marah kan bila aku cakap camtu? So, fikir dulu sebelum cakap. Kau nak marah orang pertikai bab keje kau, tu hal kau. Kalau aku bos boleh bajet bagus and aku pun makan gajikan?? Tapi sekurang-kurangnya, aku tak de la sampai beria suh orang rekemenkan amik aku keje. Bukan bos pun, aku boleh berdiri atas kaki aku sendiri. Dan yang penting, aku tak pinjam duit orang cam kau!!! Lepas tu tak reti-reti nak pulangkan! Puas hati?? Huh nak kata orang bodoh, tak matang. Sekarang ni aku nak tanya, sape yang tak matang sebenarnya? Kau atau aku? BF kau sendiri kata kau tak matang!! Rasa nak gelak guling-guling bile kau buat statement camtu!! Kelakar kot. Kami tak de la sampai suh BF atau tunang yang call on behalf nak settle kan masalah.. Orang luar tak tau apa masalah sebenarnya dan sepatutnya tak terlibat. One more thing, masalah peribadi biar settle kat luar. Tak payah nak bawak kat ofis. Kau pe cer??? Nak amik deposit kat ofis aku??? Hahahahaha terserlah memang KAU yang tak matang. Dah tu nak kecoh kata aku yang tak matang. Please jangan memalukan diri sendiri bila kau kuar kan statement camtu.. Okey?? Daaaaaaaa. Malas la nak bising-bising pasal kau. Tak de kepentingan dalam hidup aku. Aku pun tengah pening-pening demam ni.

Friday, April 27, 2012

Dua BuLAn SuDAh BerLAlu

Dua bulan sudah tak dapat jumpa "En. Pilot" saya. Sungguh kecewa, sedih, resah, gelisah jadi satu tak dapat jumpa. Merajuk sungguh-sungguh kang baru tau. Tertanya-tanya sampai sekarang, ke mana dia ni menghilangkan diri? Pelik bin ajaib betol la. Dia ni cam tau-tau je aku nak bagi kad. Tolonglah wahai "En. Pilot", munculkan diri anda. Dapat jumpa sekali pun tak pe lepas ni. Just nak bagi kad "just to say hello" je. Lepas tu, tak dapat jumpa pun tak kisah. Sebab dalam tu ada bussiness card. Hahahaha mintak-mintak dia call. Asal naik ketapi je, muka orang lain yang bawak. Kelmarin muka baru pulak tu yang bawak. Tolong la  munculkan diri anda semula. Sangat rindu nak tengok wajah anda. Dua bulan menanti dengan penuh harapan kat stesen ketapi tu. Bak tajuk novel Norhayati Berahim, "Menunggu Kereta Api". Tapi ni bukan "Menunggu Kereta Api", "Menunggu En. Pilot" yang tak kunjung tiba. Memang dalam hati kata berhenti berharap, tapi bila dah sampai sana mesti berharap jugak, ternanti-nantikan dia muncul. Macam mana tu? Penantian itu satu penyeksaan. Tolong! Tolong! Sape yang boleh tolong nih??? Ermmmmm...

Monday, April 16, 2012

PeriHal UmAH SeWa

Minggu lepas yang sangat menyakitkan hati. Haishhhhhh budak-budak rumah ni. Ada je halnya tau. Sakit betol hati. Rasa nak lempang laju-laju. Plug tak boleh guna pun nak call aku kat kampung tu. Macam la aku boleh buat apa-apa dari sana nun ha... Macam-macam ragam. Malas aku nak angkat telefon dah masa tu. Boleh fikir sendiri la apa nak buat? Semuanya nak harapkan orang lain. Tau nak senang je. Survive la sendiri. Sok kalau dah kahwin, laki tak de kat umah pergi outstation baru padan muka. Terkial-kial sesorang. Si Fatin sengal tu dah tau ada budak baru nak masuk ganti dia, dah bayar booking, tak boleh ke inform kat budak rumah lain? Tak de mulut ke pun nak cakap. Angin je rasa. Tak de la orang susah payah nak cari orang lain. Senang. Bila ada orang call cakap dah ada orang je. Ni tak, diam je. Menyusahkan orang. Dah la budak tu nak surat dari owner. Nak mintak parkir. Boleh pulak dia kata, tak pe tak penting. Rasa nak terajang je bila cakap camtu. Tak kena batang hidung dia boleh la cakap camtu. Cuba kalau kene kat dia orang buat camtu, apa rasa?? Berbulu je. Memang dah hilang sabar masa tu. Kalau tak bagi email dalam masa setengah jam, buat sendiri surat owner tu. Dah malas nak masuk campur. Uruskan semua sendiri. Tau pun takut. Alasan email tak boleh buka. Yela tu. Entah-entah lupa password atau memang tak reti guna email. Ngaku je la. Benda lain reti google. Email tu tak reti pulak. Memang sengal. Pasal plug tu pun dah kene ugut baru nak call wiring. Dah 4-5 ari cakap call wiring. Jangan menyusahkan orang lama yang settle kan untuk dia nanti. Ni tak, saja melengah-lengahkan. Sebab dia dah nak kuar umah. Memangla saja dia tak take action cepat. Memang uji kesabaran aku sehari tu. Tau bila budak baru tu masuk nanti, plug tu dah ok. Jangan ada yang rosak. Kalau tak, memang nahas. Cepat-cepat call wiring. Boleh pun buat. Ni saja nak susahkan orang. Dah tau budak baru tu nak hantar duit booking, dia boleh melalak. Lepas tu menyibuk call orang sana, call orang sini tanya ada kat umah ke tak? Dah tau budak tu nak datang, yang kau sibuk nak kuar jugak tu kenapa? Ingat orang lain tak de keje lain ke yang nak hadap masalah kau sorang? Sakit jiwa melayan orang camni. Apa la malang nasib aku dapat kawan serumah camni?? Sorang tu pulak, nak gaduh dengan tunangnya, nak cakap kuat-kuat pergi keluar. Ni menyibuk cakap kuat-kuat dalam bilik. Memekak je tengah-tengah malam. Rimas betul la. Nak tido pun tak boleh. Jangan uji kesabaran aku ok? Last kene sound jugak. Bising je. Nak cakap pergi luar. Memekak dalam bilik buat apa? Baru reti nak keluar. Eeeeiiiiiii tolong la. Boleh fikir sendiri kan? Orang nak tido. Dah tengah malam kot. Cuba la jadi seorang yang cukup matang. Jangan selfish sangat. Jangan ganggu waktu tido orang lain. Kalau orang lain bising, dia marah. Habis tu, dia tu memekak cakap kuat-kuat tengah malam tak fikir pulak??? Haishhhh. Ya Allah, mintak-mintak la budak baru lepas berjenis sikit perangainya. Amin....

Thursday, April 5, 2012

SePagi di EaSTiN HoTEl ~5 ApRiL 2012~

Ermmmm pagi-pagi lagi dah kelam kabut. Siap-siap barang nak pergi  Pre-Workshop On Revisiting Research Methodology In Computer Science, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, UM. Adoiiiiiii la Puan Azian oiii. Saya tau la. Saya pun tengah kelam kabut jangan la menelefon saya. Sampai Eastin Hotel pun dah lambat. Lepas tu salah orang pulak tu. Hahaha buat malu je. Ingatkan staff sana. Dengan yakin je mintak troli nak angkat barang. Sekali salah orang daaaa. Tak tau nak letak muka kat mana?? Hehehe sape suruh pakai baju seakan-akan sama warna. Aku pun main petik je la. Ececeh ayat cover malu. Hahaha

Tu kisah masa baru sampai. Dah masuk dalam Ballroom, mujur projektor dengan skrin LCD hotel dah sedia and setupkan. Just tinggal sambung pada laptop je. Ishhh Puan Azian ni pun satu. Mintak laptop sampai 6 biji. Guna 2 biji je. Satu direct terus pada projektor, satu lagi Prof. Sapiyan guna. Tu pun kejap je gunanya. Just nak edit-edit. Pensyarah masing-masing ada laptop dengan ipad sendiri laa.. Dah siap setup, lepak luar la apa lagi? Dok dalam bukan paham pape pun. Gambar kat bawah ni la penangannya. Hahaha buruknya rupa. Anak sape la ni???

                                                      Duta OSIM
                                                                
Hahaha sengal Jalal. Sesuka hati je buat statement aku Duta OSIM kat fb. Siap post pulak tu gambar ni. Buat malu je. Dah muka hodoh. But kat sana suka tengok Eastin Hotel punya technician. Nak snap gambar dia tak dapat. Haishhhhhh. Tengok dari jauh la. Simpan je angan-angan nak ambik gambar buat koleksi. :) Dah nak balik tadi sempat lagi berposing.

Duta Limosin

Hehehe ada-ada je fe'el nya tau. Jalal la nih. Ingat main-main je ambik gambar. Betol-betol dibuatnya. Depan ramai orang pulak tu. Dah la slank BI staf Eastin Hotel tak paham. Adoiii entah apa la dia cakap. Tak paham langsung. Saya BI Malaysia. Bukan obersea. Tak berapa expert nak paham and bercakap. Sori ok??

Pergi sana boring sikit. Yelah maybe dah lama tak involved dengan workshop kan? Bila sekali kene duty, adoyaiiii bosan kot. Lagipun kita tak tau apa benda yang dorang discuss. Dah la cakap omputih semuanya. Lagi la aku fail nak pahamnya. Alamak...kantoi sudah. Hehehe even aku keje kat UM dah 2 tahun, but english aku masih lingkup.

Balik ofis dah terdampar kekenyangan. Hahahha mengantuk je rasa. Pulangkan barang-barang yang pinjam kat CNT. Lupa pulak ada 2 biji laptop SE department pinjam. Kene bagi pada tuan yang menjaganya, Encik Huswadi Hussain. Hahahaha poyo je tulis "Encik" dengan nama penuh kan? Bawak naik dua tu je pun dah semput naik tangga. Thanks ye semua team teknikal banyak membantu preparation barang-barang teknikal yang nak angkut bawak ke sana.

Begitulah al-kisahnya.... Lepas ni tak tau ke mana destinasinya untuk workshop ni.

Tuesday, April 3, 2012

Takziah Kerabat Diraja Perak Atas Kemangkatan Raja Kecil Sulung YTM Raja Ashman Shah

Innalillahi Wainnalillaihi Rojiun.. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jugalah kita kembali. Takziah diucapkan kepada kerabat Diraja Perak atas kemangkatan Raja Kecil Sulung YTM Raja Ashman Shah, 30 Mac 2012 lebih kurang 1.30 pagi akibat serangan asma. Almarhum meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak, seorang putera, 2 orang puteri. Almarhum telah selamat dikebumikan di Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Diputerakan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang. Anak ketiga daripada lima beradik, terdiri daripada YTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia. Ditabalkan Raja Kecil Bongsu pada 1987 dan kemudiannya ditabalkan Raja Kecil Sulung pada 16 Mac 2010. Takziah sekali lagi kepada kerabat Diraja Perak. Al-fatihah.