My Blog List

Saturday, November 2, 2013

2 November 2013

Kalau hayatnya masih ade, arini genap 64 tahun usianye..  Al-Fatihah buat bonda tersayang. Mdh2an ditempatkan di kalangan org beriman n beramal soleh. Aaamiiiin... InsyaAllah, kami sentiasa mendoakan mak di sana. Mdh2an mak tenang di sana n menanti kedatangan kami. Semoga diri ini juga tabah menghadapi ari mendatang tanpa mak di sisi... Aaamiiin...

Monday, July 1, 2013

I'm Not a Best Person

I know, I'm not a best person for him. But I'm try to be a best. Salah ke kalau kita sukakan seseorang and cuba approach dia?? I think tak salah pun kalau perempuan yang mulakan dulu kan? Especially kalau lelaki tu soleh. Lelaki yang soleh dan matang takkan mentertawakan wanita itu. Tapi tu la, dekat cam mana sekali pun, lumrah wanita, mesti malu untuk bagitau isi hati pada sang teruna kan? Macam tu la terjadi kat aku.. :p Serius, memang aku inginkan seorang ustaz untuk jadi calon suami aku. Tapi jodoh, pertemuan, ajal, maut semua di tangan Allah. Siapa kita untuk menidakkan takdirNya? Aku cuba untuk mendekati dia, tp dia??? Ermmm tak tau la dia perasan ke tak? Aku memang mengharapkan dia perasaan kehadiran aku di sisi dia. Cuba untuk berbual dengan dia, cuba untuk mengambil berat. Cuba juga untuk amik perhatian dia. Tapi seolah-olah macam dingin je. Macam tak paham je hint yang aku bagi. Atau dia dah ade yang berpunya? Persoalan di situ!! Hope masih lagi ade harapan untuk mendekati dia.

Wednesday, April 24, 2013

Datanglah Wahai Semangat

Saat aku hilang harapan dan keyakinan hidupku, berilah keyakinan padaku takdirMu lebih indah dari yang aku impikan... Ya Allah, kembalikanlah semangat dalam diri ini. Tabahkanlah aku untuk meneruskan perjuangan ku untuk menuntut ilmu. Permudahkanlah segala urusanku. Hanya padaMu aku bergantung harapan untuk meneruskannya. Saat  macam ni la terasa perit untuk menghadapinya. Masih ingat lagi 5 bulan yang lepas bila mak pergi meninggalkan kami sekeluarga sebaik tamat exam. Keadaan yang mencengkam perasaan. Fikiran entah ke mana-mana masa tu. Redha je andai keputusan exam mengecewakan. Pedih hati tengok mak dah teruk. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam mak pergi meninggalkan kami sekeluarga. Masih terngiang-ngiang di telinga, Kak Nyah call kata mak suruh balik. Sementara dia masih ada. Rupanya itu salah satu petanda arwah dah nak pergi. Sedangkan masa tu baru 2 hari balik KL lepas exam. Dah mak suruh balik Ipoh balik. Tak pe la, ikutkan je. Balik juga weekend tu. Kalaulah masa tu tak balik, mungkin akan menyesal tak sudah. Elok Ahad balik KL, Isnin malam dapat call mak dah sesak nafas. Sepatut aku terus balik Ipoh malam tu jugak. Tak perlu tunggu sampai esok pagi. Itulah kesilapan besar yang aku buat. Hanya Allah je tau perasaan ni bila on the way balik, dapat call arwah dah tak de. Kalau tak kuat iman, tak tau apa jadi tengah jalan tu. Bersedia macam mana sekalipun aku,  sedih tetap sedih bila tak dapat menghadap arwah masa hembuskan nafas terakhir. Masa tu tak dapat fikir ape dah. Just nak cepat sampai, nak tengok arwah. Dalam hati masa tu cuba menafikan arwah dah tak de. Nak cepat sampai dengan harapan mata arwah terbuka lagi. Tapi tu semua tak mungkin berlaku kan?? Ajal terlebih dahulu menjemput mak. Orang tak tau betapa kecewa dan menyesalnya hati ni. Rasa nak marah semua orang. Tapi cepat-cepat muhasabah diri. Ini yang terbaik untuk arwah. Dah tak sanggup nak tengok arwah menderita menanggung sakit. Seminggu lebih ada kat Ipoh sepanjang exam, tengok betapa deritanya arwah menahan sakit. Betapa kami juga derita melihatnya. Hanya Allah je tau ape yang kami rasa. Keadaan yang amat memeritkan bila menghadapinya. Masa tu redha je kalau keputusan exam mengecewakan. Memang dah tak boleh fokus masa tu. Sedih tengok keadaannya. Betapa susahnya nak bangkit balik dari kesedihan bila arwah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Terasa jiwa ni turut pergi bersama mak. Masih lagi terbayang-bayang kelibat arwah dalam setiap sudut rumah. Masih mencari kekuatan untuk meneruskan langkah kehidupan tanpa mak di sisi kami. Dan kini exam baru je berakhir. 

Friday, January 4, 2013

Wedding Reception Tanpa Mak

First time wedding reception tanpa mak bersama kami. Amat perit bila melaluinya. Sebelum ni beliau yang paling sibuk itu ini. Bila hari akad nikah Kak Nyah, terasa suram. Majlis sebelum-sebelum ni, penuh meriah. Dengan kompang, PA sistem. Tapi kali ni kosong, sunyi sebab arwah dah tak de. Kalau tak, beliau la yang paling sibuk booking tu sume... Petang majlis akad nikah, Ika and Safwan accident. Anak si Bakar tu reverse kete tak tengok-tengok belakang. Dah langgar budak-budak tu. Putar-putar je lebam muka n luka kepala. Kalau arwah ada, mesti beliau yang paling risau. Arwah yang jaga Safwan masa kecilnya. Seriau dibuatnya.

Masa akad nikah berlangsung, boleh pulak mak Wan tunjuk gambar arwah masa sakitnya. Kak We dan aku terdiam seribu bahasa, Kak Nim dah menitiskan airmata. Patut la Kak We tetiba berubah mood tak nak bergambar. Memang terasa kehilangan sangat. Sebab sebelum ni, beliau yang paling sibuk menyiapkan preparation, melayan tetamu sebagainya. Kehilangannya satu tamparan hebat buat kami sekeluarga bila tarikh majlis yang makin hampir. Masa arwah pergi meninggalkan kami, memang abah ada cakap. If arwah pergi sehari sebelum majlis, memang abah akan batalkan, tak daya untuk menghadapinya.

Majlis kenduri siang pun rasa kosong. Perit. Masih ada segelintir orang kampung yang masih tidak tahu arwah dah meninggalkan kami sekeluarga. Hanya Allah je tau perasaan kami bila orang datang dan bertanya, "mana mak?". Ya Allah, hanya padaMu kami bergantung ketabahan. Apatah lagi abah!! Masa makan beradab, maybe abah sebak. Coz selalu arwah ade di sisi. Sama-sama dok sebelah pengantin. Kali ni, berbeza sangat.

Keesokan harinya, hantar mempelai belah lelaki. Masa makan kat meja pengantin, menitis juga airmata abah teringatkan arwah. Tambahan sifat arwah, ada pada Kak We. Hanya Allah je tau betapa peritnya melihat kesedihan abah waktu itu. Abah memang bukan jenis makan buffet. Selalunya, bila pergi kenduri, arwah yang akan tanya nak makan apa dan akan senduk untuk abah. Tapi bila arwah dah tak de, abah memang rasa kehilangan. Bila Kak We buat macam tu, abah memang teringat kat arwah. Tambahan pulak kat belah lelaki pasang lagu. Lagi la ingatan pada arwah makin kuat. Arwah yang paling sibuk sebelum ni. Tabahlah wahai hati menempuh hari mendatang tanpa mak bersama kami.



Sekitar majlis