My Blog List

Wednesday, April 24, 2013

Datanglah Wahai Semangat

Saat aku hilang harapan dan keyakinan hidupku, berilah keyakinan padaku takdirMu lebih indah dari yang aku impikan... Ya Allah, kembalikanlah semangat dalam diri ini. Tabahkanlah aku untuk meneruskan perjuangan ku untuk menuntut ilmu. Permudahkanlah segala urusanku. Hanya padaMu aku bergantung harapan untuk meneruskannya. Saat  macam ni la terasa perit untuk menghadapinya. Masih ingat lagi 5 bulan yang lepas bila mak pergi meninggalkan kami sekeluarga sebaik tamat exam. Keadaan yang mencengkam perasaan. Fikiran entah ke mana-mana masa tu. Redha je andai keputusan exam mengecewakan. Pedih hati tengok mak dah teruk. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam mak pergi meninggalkan kami sekeluarga. Masih terngiang-ngiang di telinga, Kak Nyah call kata mak suruh balik. Sementara dia masih ada. Rupanya itu salah satu petanda arwah dah nak pergi. Sedangkan masa tu baru 2 hari balik KL lepas exam. Dah mak suruh balik Ipoh balik. Tak pe la, ikutkan je. Balik juga weekend tu. Kalaulah masa tu tak balik, mungkin akan menyesal tak sudah. Elok Ahad balik KL, Isnin malam dapat call mak dah sesak nafas. Sepatut aku terus balik Ipoh malam tu jugak. Tak perlu tunggu sampai esok pagi. Itulah kesilapan besar yang aku buat. Hanya Allah je tau perasaan ni bila on the way balik, dapat call arwah dah tak de. Kalau tak kuat iman, tak tau apa jadi tengah jalan tu. Bersedia macam mana sekalipun aku,  sedih tetap sedih bila tak dapat menghadap arwah masa hembuskan nafas terakhir. Masa tu tak dapat fikir ape dah. Just nak cepat sampai, nak tengok arwah. Dalam hati masa tu cuba menafikan arwah dah tak de. Nak cepat sampai dengan harapan mata arwah terbuka lagi. Tapi tu semua tak mungkin berlaku kan?? Ajal terlebih dahulu menjemput mak. Orang tak tau betapa kecewa dan menyesalnya hati ni. Rasa nak marah semua orang. Tapi cepat-cepat muhasabah diri. Ini yang terbaik untuk arwah. Dah tak sanggup nak tengok arwah menderita menanggung sakit. Seminggu lebih ada kat Ipoh sepanjang exam, tengok betapa deritanya arwah menahan sakit. Betapa kami juga derita melihatnya. Hanya Allah je tau ape yang kami rasa. Keadaan yang amat memeritkan bila menghadapinya. Masa tu redha je kalau keputusan exam mengecewakan. Memang dah tak boleh fokus masa tu. Sedih tengok keadaannya. Betapa susahnya nak bangkit balik dari kesedihan bila arwah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Terasa jiwa ni turut pergi bersama mak. Masih lagi terbayang-bayang kelibat arwah dalam setiap sudut rumah. Masih mencari kekuatan untuk meneruskan langkah kehidupan tanpa mak di sisi kami. Dan kini exam baru je berakhir.