My Blog List

Thursday, May 31, 2012

BeGIni CarAnYA ~Sam ft Yana~

Aku tak bisa menyatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Aku percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu

Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu

Di sini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu

Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku

Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu

Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu di mana nak cari cintamu

Di sini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu

Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu

Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu

Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku

Caranya bagi diriku





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila dengar lirik ni, memang betol pun... Kelu lidah bile berdepan dengan orang yang kita suka kan?? Tak tau nak cakap ape? Padahal sebelum tu dah rangka macam-macam ayat. Tapi bile dia ade depan mata, kita terus diam. Tak terkata. Alangkah bestnya dapat pasangan yang tak cepat mengalah dengan apa jua dugaan yang datang. Macam dalam lirik ni "di sini tak mungkin mengalah dengan apa yang mendatang"... Kalau dia betol-betol sayangkan kita, tak kira la apa yang berlaku, dia tetap bersama dengan kita dan mengharunginya.... Betol tak??? Heheheh. But tak sangka Sam ada bakat menyanyi. Not bad suara dia. Hehehehe.

Tuesday, May 29, 2012

~MeNunGGu KeREta aPi~

Menunggu kereta api??? Ermmmm ape la tajuk ni kan? But terharu baca tajuk ni. Hahaha kenangan kot... Jumpa 'En. Pilot' kat sana. Tapi dah 3 bulan tak dapat jumpa dia. Ke mana ye dia menghilang? Tak tau ke mana dia pergi? I'm really miss him... Setiap kali menunggu kereta api, hati ni mesti mengharapkan dia yang jadi 'En. Pilot'. Harapan hanya tinggal harapan. Semua tu hanya anganan je. Dia dah menjauh dan semakin jauh. Tak dapat dikesan. Berharap sangat dapat jumpa 'En. Pilot' lagi.... Entah bila dapat jumpa dia lagi. Aku tak pernah berhenti berharap rupanya untuk jumpa dia. Setiap kali melangkahkan kaki kat stesen kereta api, hati selalu mengharapkan dia ada. Dan mata mula meliar mencari kelibatnya. Tapi semuanya hampa belaka. Bukan dia, tapi orang lain. Kenapa dah lama betul tak nampak dia?? Kecewa... Semoga aku dapat berjumpa dia satu hari nanti. Aminnnnn.

Kalau la aku dapat jumpa lelaki sebaik, sejujur dan seikhlas macam dalam novel ni, mesti aman damai hidup bersamanya hingga akhir hayat. Tapi akan dapat ke lelaki seperti ni zaman sekarang??? Semuanya ketentuan Allah. Rahsia kejadian Nya tak siapa menduga... Ya Allah, pertemukanlah aku sebaik insan ini. Permudahkanlah segala urusanku.


Thursday, May 24, 2012

AlhAmduLIllAh

Result exam dah kuar Isnin aritu.. :) Alhamdulillah lulus semua nya. Walaupun tak dapat AKJ, but ok la. Pointer dapat gak 3.24. Dengan macam-macam dugaan masa exam. So far, alhamdulillah dapat mengharunginya dengan tabah. InsyaAllah, lepas ni kene berusaha lebih lagi nak dapat AKJ. Hehe kene buktikan aku boleh!!! Walau penat berulang-alik KL-Ipoh every week, insyaAllah akan berbayar dengan kejayaan suatu hari nanti. Harap-harap takkan berhenti separuh jalan je. Biarlah samapi ke penghujungnya. Aminnnn.

~I'M NOT BELLBOY~

Sakit betol ati den ni... Aku bukan bellboy ok?? Sesuke ati je nak suruh orang amik luggage dia. Agak-agak la bagi arahan pun. Sejak bila pulak aku tukar bidang keje ni??? Berapi betol rasa. Nasib la telinga ni tak boleh kuar asap. Ingat aku tak de keje lain apa nak buat?? Kalau dah sorang suruh buat, yang lain akan ikut. Lagi sekali aku tegaskan, I'M NOT BELLBOY. If nak suruh angkat barang, apa salahnya panggil bellboy hotel. Ni sesuke ati je bagi arahan kat aku. Aku just handle barang-barang teknikal je ye? Yang lain aku tak buat. Harap maklum. Lepas ni kalau boleh elak, memang aku akan elak follow workshop management ni. Leceh giler... Dengan sakit ati nya.. Nasib la tak kurang ajar semalam. Tapi angin jugak la. Sebab kene buat keje yang tak sepatutnya. Memang tak puas ati suh angkat luggage dorang. Dah la kat sana pun sampai 3 dewan guna... Mula-mula leaking, tak tau la toilet guest room atau aircond yang leaking. Tukar dewan lain, ok la. Sok pagi nya tengok-tengok tukar dewan lagi. Confused jap, asal tukar dewan lagi ni?? Pagi tadi setup barang tak de cakap pape pun... Rupa-rupanya aircond dorang trip. Haisssshhh ape daaaaa??? Sabarlah wahai hati~

Wednesday, May 9, 2012

Ku Lepaskan Mu Kerna Terpaksa

Baca and dengar tajuk je pun dah sedih. Sob sob touching. Yela, tak de sape inginkan perpisahan bila dah bercinta dan berkasih sayang kan?? Tapi kalau orang dah tak sudi, takkan kita pulak nak terhegeh-hegeh? Sedar diri jugak la. Walau sakit nak terima hakikat tu, walau terpaksa melepaskan dia tanpa kerelaan tapi kene redha dan pasrah. But aku tak pernah menyesal bercinta dengan dia.. Malah bersyukur sebab dapat menyintai dan dicintai seseorang yang pernah bertakhta di hati kita. Walaupun ianya sekajap, aku tetap menghargainya... Memangla tak dapat dinafikan, ada kalanya teringat  and rindu sangat kat dia. Tapi Allah lebih tau apa yang terbaik untuk umatNya. Mungkin Allah ingin kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang betul-betul diciptakan untuk kita. Agar kita lebih menghargai setiap yang ada di depan mata. Dan tidak mensia-siakan kasih sayang diberikan. Harap-harap aku dipertemukan dengan insan yang betul-betul ikhlas menyayangi, mencintai dan menerima aku dengan seadanya. Aminnnn.....


LiRiK


Tak dapat ku lupakan kenangan silam
Susah dan senang kita harungi berdua
Bersumpah setia hidup mati bersama
Sehingga ke penghujungnya
Tergamak engkau meninggalkan diriku
Disaat aku memerlukan kasih sayangmu
Kini aku sendiri meneruskan hidup ini
Bersama hati yang telah kau lukai
(Korus)
Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan
Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan
Oh pilunya
Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan
Agar ku berlalu pergi
Untuk sidia pilihan hatimu
Dengan rela ku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar engkau bahagia
(Ulang Korus)
Dengan rela ku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar engkau bahagia 


Tuesday, May 8, 2012

TABAHLAH WAHAI HATI

Ermmm perjalanan seminggu yang agak menyesakkan dada... Dengan exam, budak umah yang memeningkan kepala. Runsing kot. Kadang-kadang rasa give up. Lantak korang la nak buat apa pun. Malas nak amik tau, malas nak amik port. Rasa penat dengan semuanya. Mana nak fikir exam, nak fikir keje, umah sewa... Ni la cabarannya bila keje sambil belajar... Tabahlah wahai hati ini. Hanya ketabahan yang mengiringi perjalanan hidup ini. Tak tau la apa si sengal tu cakap kat budak nak masuk tu terus tak jadi masuk. Berbulu je rasa. Kau nak kuar menyusahkan orang lain. Lepas tu nak fuck sialkan aku pulak. Memang kene sound sebiji. Kalau setakat itu je yang kau tau, memang patut kau tak dapat keje bagus pun. Sebab otak kau tak dapat fikir benda lain dah. Sekarang ni aku yang sial atau kau? Aku rasa kau yang sial sebabnya pendapat orang tak nak dengar lepas tu nak menyusahkan orang lain. Tau pun marah kan bila aku cakap camtu? So, fikir dulu sebelum cakap. Kau nak marah orang pertikai bab keje kau, tu hal kau. Kalau aku bos boleh bajet bagus and aku pun makan gajikan?? Tapi sekurang-kurangnya, aku tak de la sampai beria suh orang rekemenkan amik aku keje. Bukan bos pun, aku boleh berdiri atas kaki aku sendiri. Dan yang penting, aku tak pinjam duit orang cam kau!!! Lepas tu tak reti-reti nak pulangkan! Puas hati?? Huh nak kata orang bodoh, tak matang. Sekarang ni aku nak tanya, sape yang tak matang sebenarnya? Kau atau aku? BF kau sendiri kata kau tak matang!! Rasa nak gelak guling-guling bile kau buat statement camtu!! Kelakar kot. Kami tak de la sampai suh BF atau tunang yang call on behalf nak settle kan masalah.. Orang luar tak tau apa masalah sebenarnya dan sepatutnya tak terlibat. One more thing, masalah peribadi biar settle kat luar. Tak payah nak bawak kat ofis. Kau pe cer??? Nak amik deposit kat ofis aku??? Hahahahaha terserlah memang KAU yang tak matang. Dah tu nak kecoh kata aku yang tak matang. Please jangan memalukan diri sendiri bila kau kuar kan statement camtu.. Okey?? Daaaaaaaa. Malas la nak bising-bising pasal kau. Tak de kepentingan dalam hidup aku. Aku pun tengah pening-pening demam ni.