My Blog List

Wednesday, March 28, 2012

Akukah YaNg BeRsaLAh??

Entah la... Tak tau kat mana salah dan silapnya? Aku sendiri tak tau. Sampai sekarang, masih lagi tertanya-tanya. Akukah yang bersalah? Di mana silap aku? Apa puncanya? Tak terjawab semua soalan tu. Tipulah kalau kata tak pernah ingat langsung pada dia. Kadang-kadang teringat jugak. Rindu sangat kat dia. Sesekali, bila rindu tu datang, mencengkam rasanya. Tapi, bila ingat apa yang dia buat kat aku, memang sakit hati. Geram, bengang, marah semua ada. Aku tak tau apa salah aku. Atau memang aku tak ada langsung dalam hati dia? Siapa aku di hati dia sebenarnya? Kalau betol aku  bukan sesiapa di hati dia, kenapa memberi harapan? Betapa kecewanya hati ni bila dapat tau dia dah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan. Kenapa mesti aku dapat tau dari orang lain? Terus terang, masa tu memang rasa down sangat. Kecewa, terluka. Apa makna semua ni? Macam mana nak bangkit dari kekecewaan tu? Ya Allah...beratnya dugaan-Mu waktu itu. Semangat hampir hilang. Dia pergi tanpa pesan. Tak tinggalkan jejak. Aku merana sorang diri. Payahnya mencari kekuatan diri balik. Terluka sangat-sangat. Aku tau, aku bukan yang terbaik untuk kau. Tapi, tak boleh ke berterus terang? Please be a gentleman.

~ Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran, pahit getir yang pernah kulalui, guruku sejati ~
~ Sejujur Mana Kata2/ Spring ~

Monday, March 19, 2012

~Aku BeRheNTi BeRhaRap~


Agak kecewa jugak la bila apa yang kita harapkan tak jadi kenyataan. Semalam berharap sangat dapat jumpa "En. Pilot". Sekali orang lain daaa yang duty. Dah 2 minggu tak dapat jumpa ni... Ermmmm. Mula-mula cam excited je sampai stesen ketapi. Bila tengok orang lain, berhenti berharap terus. Mana la "dia" ni pergi. Dah jarang sangat nampak dia duty sekarang ni. Rindu pun ada. Hahaha macam mana nak bagi kad say hye ni kalau jumpa pun tak? Agak-agak bile la boleh jumpa lagi ni. Hahaha gatal je bunyi. Sumber inspirasi tu. Macam mana kalau tak dapat jumpa?? Haishhh. Kuciwa ni.




Thursday, March 8, 2012

CaRik KeRJa

Susahkan sekarang ni nak dapat kerja tetap??? Cam tu jugaklah aku dulu. Jenuh pergi interview sana sini. Kedah, KL, Perak. Banyak tempat dah pergi. Banyak jawatan dah apply. Tak kira, dengar je ada jawatan kosong terus apply. Even masa tu tengah belajar last semester. Siap-siap cari kerja. Tapi hampeh. Setakat lepas dapat interview je. Dapat kerjanya tak pernah pun. Mintak SPA la, iklan jabatan la, kementerian la. Semua takat dapat interview je. Nak buat macam mana, tak de rezeki kan?? Mak abah risau jugak la. Yela, aku sorang je tak lepas lagi kan? Tak de kerja tetap lagi. Macam mana masa depan aku nanti? Tapi alhamdulillah, sekarang dah boleh bernafas lega. Aku dah dapat kerja tetap. As a computer technician at University of Malaya. Tak tergambar perasaan ni macam mana gembiranya bila dapat kerja tetap. Of course la my parents orang paling gembira. Dorang dah boleh tarik nafas lega. Tapi, bila ingat balik kenangan masa pergi interview sebelum-sebelum ni, kelakar pun ada. Penuh dengan suka-duka, jerit-perit. Itulah yang mematangkan aku untuk memperbaiki mutu masa interview. First time pergi interview kat Jabatan Pelajaran Perak as a PAR kat sana. Tu tempat aku masa praktikal dulu. Tapi tak dapat pun. Masa tu last semester kat poli. Lepas tu dapat interview kat INSTUN Tg. Malim. Sebagai typist kot. If dapat pun kat bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. Dalam surat tu tak de pulak dorang kata nak buat test typing dulu. Tulis nak interview je. Sekali sampai sana kena buat test typing dulu. Terkejut beruk jap. Yela tak buat apa-apa preparation pun. Datang-datang terus kene kejutan camtu. Dahla panggil sekali ramai. Tunggu queue punya la panjang. Berpuluh-puluh orang. Haishhhhhh. But alhamdulillah. Dalam ramai-ramai tu, rasanya dalam 12 ke 15 orang je yang lepas test tu. Termasuklah aku. Hehehe. Bangga jap. Siapa yang tak banggakan dalam berpuluh-puluh orang tu, tinggal berapa kerat je. Interview hari yang sama. Ok la sebabnya dorang buat interview hari yang sama kan? Tak de la orang datang 2-3 kali kalau buat asing-asing. Yang paling aku tak expect, orang yang jaga masa buat test typing tu yang akan interview aku. Hahahaha kelakar gila rasa. Ingatkan dia cikai-cikai je. Rupa-rupanya ada kedudukan jugak. Hehehe yelah dia low profile kan? Siapa sangka. Masa masuk bilik interview tu, dia tanya "datang dengan siapa?". Aku jawab la "datang dengan abah and abang". Boleh pulak dia tanya aku, "abang???". Muka macam pelik je sambil tersenyum-senyum. Angin betol aku. Aku jawab "yelah, abang la, abang ipar." Ooooo. Ishhhhhh pelik betol aku dapat penemuduga nih. Hahaha. He remember I came with "brother" that mean boyfriend is probably. Tersenyum aku dalam tu jugak. Yelah ekpressi muka dia memang nampak dia bermaksudkan "abang" tu yang lain. Hellooooo itu bro-in-law only to me ok?? Keluar je aku dari interview rasa nak berderai gelak. Pandai orang tu buat lawak. Tapi tu lah, tak de rezeki kan? Tak dapat jawatan tu. Cuba yang lain pulak. Cubaan kali ketiga. Dapat surat buat test typing kat Kedah nun jauh ha bawah Kementerian Pertahanan.. Buat test je pun. Masa tu dah abis belajar. Dah start kerja kat PLUS as a toll gate girl kat Ipoh Selatan. Pergi la Kedah buat test. Tido umah kak Chik kat Bkt Mertajam. Dia pun yang tunjukkan jalan pergi Alor Star rasanya. Kat bangunan Harussani. Menjajau jugak la cari. Hehhe alang-alang dah sampai sana, terus la g tido umah member sekolah dulu. Dia dah pindah sana kan? Soknya balik Ipoh balik. Dah kene kerja balik. Syif malam pulak tu. Letih oooo. Sampai Ipoh terus masuk keje.  Next month nya dapat surat suh iterview pulak kt KL. Bangunan pe ntah namanya. Masa tu stay lagi keje kat PLUS. Kak Su dgn abg Lan and anak-anak dorang la bawak. Kejap je pun interviewnya. Tak sampai sejam tunggu. Balik dari tu sempat lagi la singgah SOGO shopping. Hehehe tapi tak berjaya. Kali ke empat dapat dapat surat test typing bawah Kementerian Sumber Manusia. Yang ni tak lepas pulak typing aku. Ntah mana silapnya. Malas cite banyak yang ni. Cuma satu je, buat test typing kat poli tempat aku belajar dulu. Heheh. Lepas tu dapat interview jawatan apa ntah Kementerian Asas Tani kat Bangunan Perak. Yang ni pun takat interview je lah. Dekat-dekat nak konvo dapat interview SPA as a computer technician. Berat betol rezeki nak masuk. Tiap kali pergi interview mesti tak dapat. Termasuklah SPA nih. Kadang-kadang rasa give up, malas nak apply. Tapi memandangkan mak dengan abah mengharapkan sesuatu dari aku, teruskan jugak apply. Sekali tu, aku pergi interview kontrak PLUS kat KL. Dapat jawatan tu (toll gate girl). Kene posting kat Subang. Mak mula-mula tak berapa nak bagi pergi. Tapi kene fikir jugak, sampai bila nak terperap kat kampung. Mungkin bila datang KL rezeki tu terbuka lagi luas. And aku janji lepas ni, terus apply keje kerajaan, kalau dapat interview aku pergi. Sekali tu baru sebulan keje rasanya, dapat interview SPA kat Ipoh. Bangunan Kimia apa ntah. Aku pun pergi la. Tapi tak de rezeki. Dan yang terakhir sampai la aku dapat jawatan sekarang nih. Tu pun kakak aku yang tolong apply kan online. Masa tu kebetulan pergi reception kawen cousin kat Puchong. Baca paper ada iklan jawatan kosong. Aku nih mana la ada masa nak online. Heheh ingatkan tak dapat interview. Yela macam dah putus harapan. Ada sehari tu mak call kata "ada surat panggil interview". Orang HR pun ada call tanya surat interview dah dapat belum? Aku pun macam malas je nak balik buat preparation sijil-sijil semua. Lagipun masa tu baru lagi balik kampung. Dengan terpaksa balik jugak la. Sebab sebelum datang KL kata nak apply keje kerajaan jugak kan? So balik Ipoh, amik sijil-sijil  dengan salinan semua. Balik KL interview. Nasib baik ada member rumah tolong temankan. Aku masa tu terpaksa tukar syif petang ke malam. So far, alhmadulillah rezeki agaknya. Sebulan lepas tu, aku dapat panggilan dari UM. Tapi tak sempat nak jawab. Almaklumlah, masa tu tengah keje. OT petang. Tak boleh nak angkat phone. Tau jela keje swasta yang melibatkan users ni. Tak boleh nak on call. Masa tu dah dup dap dup dap. Aku pun call kampung kata ada call dari UM tapi tak sempat angkat. Lepas tu terus sambung keje malam pulak. Soknya pagi-pagi lagi kak Nim dah call tanya, "dah call balik HR ke tak?". Ishhhh dia ni. Mana la aku sempat. Balik keje pun sesudah subuh. Bagi la aku tido dulu. Kak Nim tak puas hati. Dia minta number phone HR. Biar dia yang call. Tak sampai sejam dia call aku balik. Aku nak tido pun tak senang. Tau tak aku letih keje malam baru balik nak tido nih. "Tahniah, ko berjaya dapat kerja tu". Zuuuuppppp terus bangun tido. Automatik terus duduk. Macam baru terjaga dari mimpi. Ya Allah, terima kasih atas rezeki Mu ini. Dah lama bersabar dan menanti, akhirnya rezeki tu milikku. Lepas tu terus tak boleh tido. Sebab terlalu gembira sangat. Habis semua orang aku call. Hehehhe tapi yang pasti, mak dengan abah orang paling gembira and bahagia. Alhamdulillah, sekarang dah 2 tahun 2 bulan aku di sini. Thank you Allah.


Sekian.

Tuesday, March 6, 2012

Lagi-lagi "En. Pilot"


Hahahaha hehehehe hihihihi huhuhuhu kahkahkah kekeke kikiki kukuku.. Ehh ada ke kukuku?? Hahahah gila jap. Al-maklumlah baru lepas jumpa "En. Pilot" kan? Bengong + teruja. Yela, sekarang ni dah jarang dapat jumpa. 2 minggu sekali baru dapat tengok muka "dia" balik. Last week tak dapat tengok. Orang lain yang duty. Semalam "dia" yang duty. Tu yang jadi gila jap. Kalau boleh tak nak turun dari train tu. Nak tengok "dia" je. Opps terlebih sudah. Hahaha siap boleh mesej sis Misah. Cadangan beliau diterima. Kena buat sepanduk la lepas ni. Hehehe yela daripada tengok dari jauh je kan? Better terima je cadangan tu. Lalu depan "dia" je tayangkan sepanduk tu. Tulis nama and number phone kan?? Sila telefon saya. Hahaha kerja gila tu. Adoi la. Sis Misah siap cadangkan banner la pulak. Gantung kat stesen ketapi. Apa kata gantung kat leher je?? Huhuhu cadangan berikutnya beg. Banyak betol idea sis Misah ni. Lepas satu-satu cadangannya. Tak tercapai akalku. Ceh macam tajuk lagu Elyana la pulak. :) Semalam siap boleh mimpi terjumpa kat kedai area rumah. Siap pergi dating pulak tu. Sekali dalam mimpi tu "dia" dah kawen la pulak. Wife "dia" dapat tau kitorang pergi date. Perang besar dorang beb. Tapi "dia" pandai cover. Mana ada pergi date pun. Kebetulan terserempak kat kedai. Just sembang-sembang kosong je. Glurppppp dalam hati cuak gila. Risau kene serang dengan wife "dia". Adakah mimpi tu satu kenyataan yang pahit untuk ditelan?? Minta-minta "dia" tak kawen lagi.
Wallahualam.