My Blog List

Thursday, March 8, 2012

CaRik KeRJa

Susahkan sekarang ni nak dapat kerja tetap??? Cam tu jugaklah aku dulu. Jenuh pergi interview sana sini. Kedah, KL, Perak. Banyak tempat dah pergi. Banyak jawatan dah apply. Tak kira, dengar je ada jawatan kosong terus apply. Even masa tu tengah belajar last semester. Siap-siap cari kerja. Tapi hampeh. Setakat lepas dapat interview je. Dapat kerjanya tak pernah pun. Mintak SPA la, iklan jabatan la, kementerian la. Semua takat dapat interview je. Nak buat macam mana, tak de rezeki kan?? Mak abah risau jugak la. Yela, aku sorang je tak lepas lagi kan? Tak de kerja tetap lagi. Macam mana masa depan aku nanti? Tapi alhamdulillah, sekarang dah boleh bernafas lega. Aku dah dapat kerja tetap. As a computer technician at University of Malaya. Tak tergambar perasaan ni macam mana gembiranya bila dapat kerja tetap. Of course la my parents orang paling gembira. Dorang dah boleh tarik nafas lega. Tapi, bila ingat balik kenangan masa pergi interview sebelum-sebelum ni, kelakar pun ada. Penuh dengan suka-duka, jerit-perit. Itulah yang mematangkan aku untuk memperbaiki mutu masa interview. First time pergi interview kat Jabatan Pelajaran Perak as a PAR kat sana. Tu tempat aku masa praktikal dulu. Tapi tak dapat pun. Masa tu last semester kat poli. Lepas tu dapat interview kat INSTUN Tg. Malim. Sebagai typist kot. If dapat pun kat bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar. Dalam surat tu tak de pulak dorang kata nak buat test typing dulu. Tulis nak interview je. Sekali sampai sana kena buat test typing dulu. Terkejut beruk jap. Yela tak buat apa-apa preparation pun. Datang-datang terus kene kejutan camtu. Dahla panggil sekali ramai. Tunggu queue punya la panjang. Berpuluh-puluh orang. Haishhhhhh. But alhamdulillah. Dalam ramai-ramai tu, rasanya dalam 12 ke 15 orang je yang lepas test tu. Termasuklah aku. Hehehe. Bangga jap. Siapa yang tak banggakan dalam berpuluh-puluh orang tu, tinggal berapa kerat je. Interview hari yang sama. Ok la sebabnya dorang buat interview hari yang sama kan? Tak de la orang datang 2-3 kali kalau buat asing-asing. Yang paling aku tak expect, orang yang jaga masa buat test typing tu yang akan interview aku. Hahahaha kelakar gila rasa. Ingatkan dia cikai-cikai je. Rupa-rupanya ada kedudukan jugak. Hehehe yelah dia low profile kan? Siapa sangka. Masa masuk bilik interview tu, dia tanya "datang dengan siapa?". Aku jawab la "datang dengan abah and abang". Boleh pulak dia tanya aku, "abang???". Muka macam pelik je sambil tersenyum-senyum. Angin betol aku. Aku jawab "yelah, abang la, abang ipar." Ooooo. Ishhhhhh pelik betol aku dapat penemuduga nih. Hahaha. He remember I came with "brother" that mean boyfriend is probably. Tersenyum aku dalam tu jugak. Yelah ekpressi muka dia memang nampak dia bermaksudkan "abang" tu yang lain. Hellooooo itu bro-in-law only to me ok?? Keluar je aku dari interview rasa nak berderai gelak. Pandai orang tu buat lawak. Tapi tu lah, tak de rezeki kan? Tak dapat jawatan tu. Cuba yang lain pulak. Cubaan kali ketiga. Dapat surat buat test typing kat Kedah nun jauh ha bawah Kementerian Pertahanan.. Buat test je pun. Masa tu dah abis belajar. Dah start kerja kat PLUS as a toll gate girl kat Ipoh Selatan. Pergi la Kedah buat test. Tido umah kak Chik kat Bkt Mertajam. Dia pun yang tunjukkan jalan pergi Alor Star rasanya. Kat bangunan Harussani. Menjajau jugak la cari. Hehhe alang-alang dah sampai sana, terus la g tido umah member sekolah dulu. Dia dah pindah sana kan? Soknya balik Ipoh balik. Dah kene kerja balik. Syif malam pulak tu. Letih oooo. Sampai Ipoh terus masuk keje.  Next month nya dapat surat suh iterview pulak kt KL. Bangunan pe ntah namanya. Masa tu stay lagi keje kat PLUS. Kak Su dgn abg Lan and anak-anak dorang la bawak. Kejap je pun interviewnya. Tak sampai sejam tunggu. Balik dari tu sempat lagi la singgah SOGO shopping. Hehehe tapi tak berjaya. Kali ke empat dapat dapat surat test typing bawah Kementerian Sumber Manusia. Yang ni tak lepas pulak typing aku. Ntah mana silapnya. Malas cite banyak yang ni. Cuma satu je, buat test typing kat poli tempat aku belajar dulu. Heheh. Lepas tu dapat interview jawatan apa ntah Kementerian Asas Tani kat Bangunan Perak. Yang ni pun takat interview je lah. Dekat-dekat nak konvo dapat interview SPA as a computer technician. Berat betol rezeki nak masuk. Tiap kali pergi interview mesti tak dapat. Termasuklah SPA nih. Kadang-kadang rasa give up, malas nak apply. Tapi memandangkan mak dengan abah mengharapkan sesuatu dari aku, teruskan jugak apply. Sekali tu, aku pergi interview kontrak PLUS kat KL. Dapat jawatan tu (toll gate girl). Kene posting kat Subang. Mak mula-mula tak berapa nak bagi pergi. Tapi kene fikir jugak, sampai bila nak terperap kat kampung. Mungkin bila datang KL rezeki tu terbuka lagi luas. And aku janji lepas ni, terus apply keje kerajaan, kalau dapat interview aku pergi. Sekali tu baru sebulan keje rasanya, dapat interview SPA kat Ipoh. Bangunan Kimia apa ntah. Aku pun pergi la. Tapi tak de rezeki. Dan yang terakhir sampai la aku dapat jawatan sekarang nih. Tu pun kakak aku yang tolong apply kan online. Masa tu kebetulan pergi reception kawen cousin kat Puchong. Baca paper ada iklan jawatan kosong. Aku nih mana la ada masa nak online. Heheh ingatkan tak dapat interview. Yela macam dah putus harapan. Ada sehari tu mak call kata "ada surat panggil interview". Orang HR pun ada call tanya surat interview dah dapat belum? Aku pun macam malas je nak balik buat preparation sijil-sijil semua. Lagipun masa tu baru lagi balik kampung. Dengan terpaksa balik jugak la. Sebab sebelum datang KL kata nak apply keje kerajaan jugak kan? So balik Ipoh, amik sijil-sijil  dengan salinan semua. Balik KL interview. Nasib baik ada member rumah tolong temankan. Aku masa tu terpaksa tukar syif petang ke malam. So far, alhmadulillah rezeki agaknya. Sebulan lepas tu, aku dapat panggilan dari UM. Tapi tak sempat nak jawab. Almaklumlah, masa tu tengah keje. OT petang. Tak boleh nak angkat phone. Tau jela keje swasta yang melibatkan users ni. Tak boleh nak on call. Masa tu dah dup dap dup dap. Aku pun call kampung kata ada call dari UM tapi tak sempat angkat. Lepas tu terus sambung keje malam pulak. Soknya pagi-pagi lagi kak Nim dah call tanya, "dah call balik HR ke tak?". Ishhhh dia ni. Mana la aku sempat. Balik keje pun sesudah subuh. Bagi la aku tido dulu. Kak Nim tak puas hati. Dia minta number phone HR. Biar dia yang call. Tak sampai sejam dia call aku balik. Aku nak tido pun tak senang. Tau tak aku letih keje malam baru balik nak tido nih. "Tahniah, ko berjaya dapat kerja tu". Zuuuuppppp terus bangun tido. Automatik terus duduk. Macam baru terjaga dari mimpi. Ya Allah, terima kasih atas rezeki Mu ini. Dah lama bersabar dan menanti, akhirnya rezeki tu milikku. Lepas tu terus tak boleh tido. Sebab terlalu gembira sangat. Habis semua orang aku call. Hehehhe tapi yang pasti, mak dengan abah orang paling gembira and bahagia. Alhamdulillah, sekarang dah 2 tahun 2 bulan aku di sini. Thank you Allah.


Sekian.

2 comments:

  1. salam..nak tanya..keja toll gate tu apply camna? basic berapa ye? sy baru habis blaja, sementara tunggu nak sambung blaja nnt nak carik keja dulu..dah apply banyak tmpt tp xdak jawapan..nak cuba apply keja toll gate boy pulak

    ReplyDelete
  2. wasalam farhan...

    awak tinggal kt mn ye?? if awak dok kt belah2 utara 2, ade je part time keje toll. tp tgk plaza jgk la. if plaza besar cm ipoh utara, ipoh selatan, juru biasa nye ade amik part time. part time gji ikut hri. mksud nye dtg keje ade gji. xdtg keje, xde la gji. dorang byr gji ikut jam. waktu keje biasa 8 jam X rm2.5 =rm20. klau lbh dr 8 jam byr rm3.75/jam. klau buat ot 4jam, dpt la rm15. duit transport rm10. kira cm elaun la. dibyr ikut jumlah hri kte keje. contohnye bln 2 kte keje 15hri. so, 15hri darab la dgn 10.so dpt la elaun 150. senang cite, gji utk shri klau kte keje 8jam, dpt rm30. kalau ot rm45 shri. part time xde interview. aply kt plaza yg ade part time.just isi borang. klau ade kosong, dorang call n trus msuk keje. slalu nye dorg mntk 3 plhn plaza mn kte nk. 2 klau part time. klau kontrak, biasa nye dorang posting kt KL n slgor je. xpernah plak dgr hntr slain dr 2 negeri ni. yg ni ada basic. thn 2009 dlu basic 750 ke 780 n ade lg elaun. but skrg xtau la klau2 dh up lg. klau dpt permanent bsic dpt 850 ms 2. kontrak dorg buat interview dlm 2kli sthn. pertengahan n ujung thun. iklan pun slalu nye internal je.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.