My Blog List

Friday, December 28, 2012

Rutin Mingguan

Hari ni, bermulalah semula rutin mingguan berulang alik KL-Ipoh-KL... Kalau sebelum ni, arwah mak la paling sibuk tanya balik naik ape, kul berapa, dah sampai mana? Kalau dah sampai Tapah bagitau. Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. Tak dapat dinafikan, kesedihan masih lagi menyelubungi diri ini dan kami sekeluarga. Mampu ke aku menghadapi hari-hari mendatang tanpa beliau di sisi? Kuat ke semangat aku nak tempuh semua ini? Rindu kian mencengkam perasaan bile balik rumah tengok barang-barang arwah. Tempat arwah suka duduk dan baring masa sakitnya. Sangat sedih bila menengoknya. Abah apatah lagi bila setiap hari terpaksa tengok barang-barang tu. Ya Allah Ya Tuhan ku, tabahkanlah hati kami sekeluarga dengan dugaan hidupMu ini. Berilah kekuatan pada kami untuk menempuh hari mendatang dengan tenang dan tabah. Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, December 26, 2012

Kau Pergi Jua

27 November 2012 Selasa tarikh yang amat memeritkan bila mak pergi buat selamanya tepat 10.20 pagi meninggalkan kami sekeluarga... Sangat terkesan di hati. Rasa tak tertanggung untuk menghadapi dugaan hidupMu Ya Allah. Ralat di hati tak dapat menghadap arwah masa menghembuskan nafas terakhirnya. Masih terasa kehilangannya. Hanya kata-kata arwah disaat sakitnya menjadi ingatan.
  • Jangan bergaduh adik beradik.
  • Jawab periksa elok-elok.
  • Mintak tukar keje kat Ipoh. Tulis dalam tu kata mak sakit. Ayat tu yang paling sedih bila diingat balik.
  • Cakap kat Kak Nyah amik duit dia 2-300 beli cadar katil kawin warna cream.
  • Cari kunci almari. Dalam tu ada langsir warna maroon. Pasang masa reception nanti. Sangat sedih.
  • Kain batik lepas ada dalam almari. Ambik tutup jenazah dia nanti. Seolah-olah tahu hayatnya dah tak lama.
  • Baca al-Quran atau yasin setiap malam Jumaat. Terang kubur arwah nanti. Tabahlah wahai hati bila mengingatkan ayat ni.
  • Bawak kereta elok-elok.
  • Siap pesan pada Kak Nyah. "Jaga adik elok-elok. Jangan biar dia sorang-sorang. Selalu call dia." Ya Allah, berilah kekuatan padaku untuk menempuh dugaan Mu ini.
  • Kalau nak cincin dia ambik la... Tapi tak sampai hati. Mesti teringat kat arwah nanti.
  • Cari suami orang dekat. Jangan jauh-jauh.

Masa arwah sakit, cuba buat terbaik untuk arwah. Apa aje yang arwah nak makan, kami adik beradik cuba untuk dapatkannya. Cuba untuk mengembirakan hatinya. Keadaan masa tu amat memeritkan bila memikirkan hayat arwah. Bukan meminta untuk beliau cepat pergi meninggalkan kami. Tapi, pertanyaan yang selalu terbit di hati. Kuat ke kami sekeluarga menghadapi kehilangannya suatu hari nanti? Tabah ke kami? Soalan itu yang selalu berlegar di fikiran. Kuat dan tabahnya beliau melawan sakitnya. Walaupun kami tahu, arwah mendiamkan diri melawan sakit seorang diri dan tak bagitau kami adik beradik.

Tapi bila arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga, abah adalah orang yang paling sedih. Perginya tidak kembali dan tiada pengganti. Walaupun masa tu, abah kelihatan sangat tabah. Tapi disebaliknya, hanya kami anak-anak saja yang tau betapa peritnya keadaan masa itu. Dengan abah tak tido malam sebelumnya menghadap arwah. Esok paginya arwah pergi jua menghadap Sang Pencipta. Masa kebumikan arwah, abah dah tak stabil. Abah kelihatan sedikit terhoyong hayang. Mungkin tak cukup tido dan rehat. Juga menahan kesedihan di dalam hati. Kak we sangat sebak sebab hanya sempat menjaga arwah 3 hari je kat umah. Abg Sapari hanya sempat tengok arwah masa dah diturunkan kat liang lahad. Kami yang lain dah terdiam seribu bahasa... Tabahlah wahai hati.

Petang 7 Disember 2012, Jumaat, Kak Nim call. Tanya balik ke tak? Abah pergi berniaga rambutan katanya. Tak pe la. Janji jangan biarkan dia sorang diri. Tapi ayat dia, abah dok termenung. Kesian tengoknya. Abah teringat dan rindukan masakan arwah. Cuba menahan perasaan walaupun hanya Allah je yang tau perasaan ni. Kak Nim dah menitiskan air mata. Aku cuba untuk tidak menangis dan menahan sebak. Tak nak ikut sama tenggelam perasaan. Biarlah aku jadi penenang kepada mereka. Abah hanya menyedapkan hati. "Mak kamu balik kampung". Kami cuba berlagak biasa walaupun dalam hati sarat dengan kesedihan. Harap kami sekeluarga tabah menghadapinya.

Bila keputusan exam keluar, hati sedih teringat kat arwah. Ingat lagi pesan arwah suh jawab exam elok-elok. Seminggu sebelum arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga, aku menjawab exam. Nak pergi exam, aku kejutkan arwah. Kata nak pergi dah. Ayat tu la yang arwah pesan, "jawab elok-elok". Sebab tu la bila result keluar, hati ni pedih menahan rasa. Arwah tak sempat nak tau keputusan ini. Selalu ingatkan hati, bersabarlah dengan takdir Allah ini.

Kini, sebulan sudah arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Harap kami dapat kekuatan semula untuk meneruskan hidup tanpa mak bersama kami. Dan menjadi kekuatan pada abah untuk bangkit semula dari kesedihan. Harap abah tak larut dalam kesedihan yang berpanjangan. Kami sayang mak. Kami juga sayang abah. Semoga mak tenang di sisi Sang Pencipta dan mendoakan kami jadi anak soleh dan solehah yang  mendoakan dan berbakti kepada kedua orang tua...