- Jangan bergaduh adik beradik.
- Jawab periksa elok-elok.
- Mintak tukar keje kat Ipoh. Tulis dalam tu kata mak sakit. Ayat tu yang paling sedih bila diingat balik.
- Cakap kat Kak Nyah amik duit dia 2-300 beli cadar katil kawin warna cream.
- Cari kunci almari. Dalam tu ada langsir warna maroon. Pasang masa reception nanti. Sangat sedih.
- Kain batik lepas ada dalam almari. Ambik tutup jenazah dia nanti. Seolah-olah tahu hayatnya dah tak lama.
- Baca al-Quran atau yasin setiap malam Jumaat. Terang kubur arwah nanti. Tabahlah wahai hati bila mengingatkan ayat ni.
- Bawak kereta elok-elok.
- Siap pesan pada Kak Nyah. "Jaga adik elok-elok. Jangan biar dia sorang-sorang. Selalu call dia." Ya Allah, berilah kekuatan padaku untuk menempuh dugaan Mu ini.
- Kalau nak cincin dia ambik la... Tapi tak sampai hati. Mesti teringat kat arwah nanti.
- Cari suami orang dekat. Jangan jauh-jauh.
Tapi bila arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga, abah adalah orang yang paling sedih. Perginya tidak kembali dan tiada pengganti. Walaupun masa tu, abah kelihatan sangat tabah. Tapi disebaliknya, hanya kami anak-anak saja yang tau betapa peritnya keadaan masa itu. Dengan abah tak tido malam sebelumnya menghadap arwah. Esok paginya arwah pergi jua menghadap Sang Pencipta. Masa kebumikan arwah, abah dah tak stabil. Abah kelihatan sedikit terhoyong hayang. Mungkin tak cukup tido dan rehat. Juga menahan kesedihan di dalam hati. Kak we sangat sebak sebab hanya sempat menjaga arwah 3 hari je kat umah. Abg Sapari hanya sempat tengok arwah masa dah diturunkan kat liang lahad. Kami yang lain dah terdiam seribu bahasa... Tabahlah wahai hati.
Petang 7 Disember 2012, Jumaat, Kak Nim call. Tanya balik ke tak? Abah pergi berniaga rambutan katanya. Tak pe la. Janji jangan biarkan dia sorang diri. Tapi ayat dia, abah dok termenung. Kesian tengoknya. Abah teringat dan rindukan masakan arwah. Cuba menahan perasaan walaupun hanya Allah je yang tau perasaan ni. Kak Nim dah menitiskan air mata. Aku cuba untuk tidak menangis dan menahan sebak. Tak nak ikut sama tenggelam perasaan. Biarlah aku jadi penenang kepada mereka. Abah hanya menyedapkan hati. "Mak kamu balik kampung". Kami cuba berlagak biasa walaupun dalam hati sarat dengan kesedihan. Harap kami sekeluarga tabah menghadapinya.
Bila keputusan exam keluar, hati sedih teringat kat arwah. Ingat lagi pesan arwah suh jawab exam elok-elok. Seminggu sebelum arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga, aku menjawab exam. Nak pergi exam, aku kejutkan arwah. Kata nak pergi dah. Ayat tu la yang arwah pesan, "jawab elok-elok". Sebab tu la bila result keluar, hati ni pedih menahan rasa. Arwah tak sempat nak tau keputusan ini. Selalu ingatkan hati, bersabarlah dengan takdir Allah ini.
Kini, sebulan sudah arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Harap kami dapat kekuatan semula untuk meneruskan hidup tanpa mak bersama kami. Dan menjadi kekuatan pada abah untuk bangkit semula dari kesedihan. Harap abah tak larut dalam kesedihan yang berpanjangan. Kami sayang mak. Kami juga sayang abah. Semoga mak tenang di sisi Sang Pencipta dan mendoakan kami jadi anak soleh dan solehah yang mendoakan dan berbakti kepada kedua orang tua...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.