My Blog List

Friday, April 27, 2012

Dua BuLAn SuDAh BerLAlu

Dua bulan sudah tak dapat jumpa "En. Pilot" saya. Sungguh kecewa, sedih, resah, gelisah jadi satu tak dapat jumpa. Merajuk sungguh-sungguh kang baru tau. Tertanya-tanya sampai sekarang, ke mana dia ni menghilangkan diri? Pelik bin ajaib betol la. Dia ni cam tau-tau je aku nak bagi kad. Tolonglah wahai "En. Pilot", munculkan diri anda. Dapat jumpa sekali pun tak pe lepas ni. Just nak bagi kad "just to say hello" je. Lepas tu, tak dapat jumpa pun tak kisah. Sebab dalam tu ada bussiness card. Hahahaha mintak-mintak dia call. Asal naik ketapi je, muka orang lain yang bawak. Kelmarin muka baru pulak tu yang bawak. Tolong la  munculkan diri anda semula. Sangat rindu nak tengok wajah anda. Dua bulan menanti dengan penuh harapan kat stesen ketapi tu. Bak tajuk novel Norhayati Berahim, "Menunggu Kereta Api". Tapi ni bukan "Menunggu Kereta Api", "Menunggu En. Pilot" yang tak kunjung tiba. Memang dalam hati kata berhenti berharap, tapi bila dah sampai sana mesti berharap jugak, ternanti-nantikan dia muncul. Macam mana tu? Penantian itu satu penyeksaan. Tolong! Tolong! Sape yang boleh tolong nih??? Ermmmmm...

Monday, April 16, 2012

PeriHal UmAH SeWa

Minggu lepas yang sangat menyakitkan hati. Haishhhhhh budak-budak rumah ni. Ada je halnya tau. Sakit betol hati. Rasa nak lempang laju-laju. Plug tak boleh guna pun nak call aku kat kampung tu. Macam la aku boleh buat apa-apa dari sana nun ha... Macam-macam ragam. Malas aku nak angkat telefon dah masa tu. Boleh fikir sendiri la apa nak buat? Semuanya nak harapkan orang lain. Tau nak senang je. Survive la sendiri. Sok kalau dah kahwin, laki tak de kat umah pergi outstation baru padan muka. Terkial-kial sesorang. Si Fatin sengal tu dah tau ada budak baru nak masuk ganti dia, dah bayar booking, tak boleh ke inform kat budak rumah lain? Tak de mulut ke pun nak cakap. Angin je rasa. Tak de la orang susah payah nak cari orang lain. Senang. Bila ada orang call cakap dah ada orang je. Ni tak, diam je. Menyusahkan orang. Dah la budak tu nak surat dari owner. Nak mintak parkir. Boleh pulak dia kata, tak pe tak penting. Rasa nak terajang je bila cakap camtu. Tak kena batang hidung dia boleh la cakap camtu. Cuba kalau kene kat dia orang buat camtu, apa rasa?? Berbulu je. Memang dah hilang sabar masa tu. Kalau tak bagi email dalam masa setengah jam, buat sendiri surat owner tu. Dah malas nak masuk campur. Uruskan semua sendiri. Tau pun takut. Alasan email tak boleh buka. Yela tu. Entah-entah lupa password atau memang tak reti guna email. Ngaku je la. Benda lain reti google. Email tu tak reti pulak. Memang sengal. Pasal plug tu pun dah kene ugut baru nak call wiring. Dah 4-5 ari cakap call wiring. Jangan menyusahkan orang lama yang settle kan untuk dia nanti. Ni tak, saja melengah-lengahkan. Sebab dia dah nak kuar umah. Memangla saja dia tak take action cepat. Memang uji kesabaran aku sehari tu. Tau bila budak baru tu masuk nanti, plug tu dah ok. Jangan ada yang rosak. Kalau tak, memang nahas. Cepat-cepat call wiring. Boleh pun buat. Ni saja nak susahkan orang. Dah tau budak baru tu nak hantar duit booking, dia boleh melalak. Lepas tu menyibuk call orang sana, call orang sini tanya ada kat umah ke tak? Dah tau budak tu nak datang, yang kau sibuk nak kuar jugak tu kenapa? Ingat orang lain tak de keje lain ke yang nak hadap masalah kau sorang? Sakit jiwa melayan orang camni. Apa la malang nasib aku dapat kawan serumah camni?? Sorang tu pulak, nak gaduh dengan tunangnya, nak cakap kuat-kuat pergi keluar. Ni menyibuk cakap kuat-kuat dalam bilik. Memekak je tengah-tengah malam. Rimas betul la. Nak tido pun tak boleh. Jangan uji kesabaran aku ok? Last kene sound jugak. Bising je. Nak cakap pergi luar. Memekak dalam bilik buat apa? Baru reti nak keluar. Eeeeiiiiiii tolong la. Boleh fikir sendiri kan? Orang nak tido. Dah tengah malam kot. Cuba la jadi seorang yang cukup matang. Jangan selfish sangat. Jangan ganggu waktu tido orang lain. Kalau orang lain bising, dia marah. Habis tu, dia tu memekak cakap kuat-kuat tengah malam tak fikir pulak??? Haishhhh. Ya Allah, mintak-mintak la budak baru lepas berjenis sikit perangainya. Amin....

Thursday, April 5, 2012

SePagi di EaSTiN HoTEl ~5 ApRiL 2012~

Ermmmm pagi-pagi lagi dah kelam kabut. Siap-siap barang nak pergi  Pre-Workshop On Revisiting Research Methodology In Computer Science, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, UM. Adoiiiiiii la Puan Azian oiii. Saya tau la. Saya pun tengah kelam kabut jangan la menelefon saya. Sampai Eastin Hotel pun dah lambat. Lepas tu salah orang pulak tu. Hahaha buat malu je. Ingatkan staff sana. Dengan yakin je mintak troli nak angkat barang. Sekali salah orang daaaa. Tak tau nak letak muka kat mana?? Hehehe sape suruh pakai baju seakan-akan sama warna. Aku pun main petik je la. Ececeh ayat cover malu. Hahaha

Tu kisah masa baru sampai. Dah masuk dalam Ballroom, mujur projektor dengan skrin LCD hotel dah sedia and setupkan. Just tinggal sambung pada laptop je. Ishhh Puan Azian ni pun satu. Mintak laptop sampai 6 biji. Guna 2 biji je. Satu direct terus pada projektor, satu lagi Prof. Sapiyan guna. Tu pun kejap je gunanya. Just nak edit-edit. Pensyarah masing-masing ada laptop dengan ipad sendiri laa.. Dah siap setup, lepak luar la apa lagi? Dok dalam bukan paham pape pun. Gambar kat bawah ni la penangannya. Hahaha buruknya rupa. Anak sape la ni???

                                                      Duta OSIM
                                                                
Hahaha sengal Jalal. Sesuka hati je buat statement aku Duta OSIM kat fb. Siap post pulak tu gambar ni. Buat malu je. Dah muka hodoh. But kat sana suka tengok Eastin Hotel punya technician. Nak snap gambar dia tak dapat. Haishhhhhh. Tengok dari jauh la. Simpan je angan-angan nak ambik gambar buat koleksi. :) Dah nak balik tadi sempat lagi berposing.

Duta Limosin

Hehehe ada-ada je fe'el nya tau. Jalal la nih. Ingat main-main je ambik gambar. Betol-betol dibuatnya. Depan ramai orang pulak tu. Dah la slank BI staf Eastin Hotel tak paham. Adoiii entah apa la dia cakap. Tak paham langsung. Saya BI Malaysia. Bukan obersea. Tak berapa expert nak paham and bercakap. Sori ok??

Pergi sana boring sikit. Yelah maybe dah lama tak involved dengan workshop kan? Bila sekali kene duty, adoyaiiii bosan kot. Lagipun kita tak tau apa benda yang dorang discuss. Dah la cakap omputih semuanya. Lagi la aku fail nak pahamnya. Alamak...kantoi sudah. Hehehe even aku keje kat UM dah 2 tahun, but english aku masih lingkup.

Balik ofis dah terdampar kekenyangan. Hahahha mengantuk je rasa. Pulangkan barang-barang yang pinjam kat CNT. Lupa pulak ada 2 biji laptop SE department pinjam. Kene bagi pada tuan yang menjaganya, Encik Huswadi Hussain. Hahahaha poyo je tulis "Encik" dengan nama penuh kan? Bawak naik dua tu je pun dah semput naik tangga. Thanks ye semua team teknikal banyak membantu preparation barang-barang teknikal yang nak angkut bawak ke sana.

Begitulah al-kisahnya.... Lepas ni tak tau ke mana destinasinya untuk workshop ni.

Tuesday, April 3, 2012

Takziah Kerabat Diraja Perak Atas Kemangkatan Raja Kecil Sulung YTM Raja Ashman Shah

Innalillahi Wainnalillaihi Rojiun.. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jugalah kita kembali. Takziah diucapkan kepada kerabat Diraja Perak atas kemangkatan Raja Kecil Sulung YTM Raja Ashman Shah, 30 Mac 2012 lebih kurang 1.30 pagi akibat serangan asma. Almarhum meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak, seorang putera, 2 orang puteri. Almarhum telah selamat dikebumikan di Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Diputerakan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang. Anak ketiga daripada lima beradik, terdiri daripada YTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia. Ditabalkan Raja Kecil Bongsu pada 1987 dan kemudiannya ditabalkan Raja Kecil Sulung pada 16 Mac 2010. Takziah sekali lagi kepada kerabat Diraja Perak. Al-fatihah.