My Blog List

Thursday, April 5, 2012

SePagi di EaSTiN HoTEl ~5 ApRiL 2012~

Ermmmm pagi-pagi lagi dah kelam kabut. Siap-siap barang nak pergi  Pre-Workshop On Revisiting Research Methodology In Computer Science, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, UM. Adoiiiiiii la Puan Azian oiii. Saya tau la. Saya pun tengah kelam kabut jangan la menelefon saya. Sampai Eastin Hotel pun dah lambat. Lepas tu salah orang pulak tu. Hahaha buat malu je. Ingatkan staff sana. Dengan yakin je mintak troli nak angkat barang. Sekali salah orang daaaa. Tak tau nak letak muka kat mana?? Hehehe sape suruh pakai baju seakan-akan sama warna. Aku pun main petik je la. Ececeh ayat cover malu. Hahaha

Tu kisah masa baru sampai. Dah masuk dalam Ballroom, mujur projektor dengan skrin LCD hotel dah sedia and setupkan. Just tinggal sambung pada laptop je. Ishhh Puan Azian ni pun satu. Mintak laptop sampai 6 biji. Guna 2 biji je. Satu direct terus pada projektor, satu lagi Prof. Sapiyan guna. Tu pun kejap je gunanya. Just nak edit-edit. Pensyarah masing-masing ada laptop dengan ipad sendiri laa.. Dah siap setup, lepak luar la apa lagi? Dok dalam bukan paham pape pun. Gambar kat bawah ni la penangannya. Hahaha buruknya rupa. Anak sape la ni???

                                                      Duta OSIM
                                                                
Hahaha sengal Jalal. Sesuka hati je buat statement aku Duta OSIM kat fb. Siap post pulak tu gambar ni. Buat malu je. Dah muka hodoh. But kat sana suka tengok Eastin Hotel punya technician. Nak snap gambar dia tak dapat. Haishhhhhh. Tengok dari jauh la. Simpan je angan-angan nak ambik gambar buat koleksi. :) Dah nak balik tadi sempat lagi berposing.

Duta Limosin

Hehehe ada-ada je fe'el nya tau. Jalal la nih. Ingat main-main je ambik gambar. Betol-betol dibuatnya. Depan ramai orang pulak tu. Dah la slank BI staf Eastin Hotel tak paham. Adoiii entah apa la dia cakap. Tak paham langsung. Saya BI Malaysia. Bukan obersea. Tak berapa expert nak paham and bercakap. Sori ok??

Pergi sana boring sikit. Yelah maybe dah lama tak involved dengan workshop kan? Bila sekali kene duty, adoyaiiii bosan kot. Lagipun kita tak tau apa benda yang dorang discuss. Dah la cakap omputih semuanya. Lagi la aku fail nak pahamnya. Alamak...kantoi sudah. Hehehe even aku keje kat UM dah 2 tahun, but english aku masih lingkup.

Balik ofis dah terdampar kekenyangan. Hahahha mengantuk je rasa. Pulangkan barang-barang yang pinjam kat CNT. Lupa pulak ada 2 biji laptop SE department pinjam. Kene bagi pada tuan yang menjaganya, Encik Huswadi Hussain. Hahahaha poyo je tulis "Encik" dengan nama penuh kan? Bawak naik dua tu je pun dah semput naik tangga. Thanks ye semua team teknikal banyak membantu preparation barang-barang teknikal yang nak angkut bawak ke sana.

Begitulah al-kisahnya.... Lepas ni tak tau ke mana destinasinya untuk workshop ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.