My Blog List

Tuesday, April 3, 2012

Takziah Kerabat Diraja Perak Atas Kemangkatan Raja Kecil Sulung YTM Raja Ashman Shah

Innalillahi Wainnalillaihi Rojiun.. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jugalah kita kembali. Takziah diucapkan kepada kerabat Diraja Perak atas kemangkatan Raja Kecil Sulung YTM Raja Ashman Shah, 30 Mac 2012 lebih kurang 1.30 pagi akibat serangan asma. Almarhum meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak, seorang putera, 2 orang puteri. Almarhum telah selamat dikebumikan di Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Diputerakan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang. Anak ketiga daripada lima beradik, terdiri daripada YTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia. Ditabalkan Raja Kecil Bongsu pada 1987 dan kemudiannya ditabalkan Raja Kecil Sulung pada 16 Mac 2010. Takziah sekali lagi kepada kerabat Diraja Perak. Al-fatihah.

                                             
                                  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.